Thursday 4 October 2012

Sukan Ria sebelum Cuti persekolahan penggal ke 3

Sukan Ria sebelum Cuti persekolahan penggal ke 3 diadakan pada 29 September 2012 di dewan Dipa Negara. Acara tersebut diterukan dengan acara penutup bulan Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sambutan Hari Guru. Aktiviti-aktiviti sukan ria telah di langsungkan mengikut kelas masing-masing. Pertukaran hadiah bagi guru-guru juga diadakan sempena sambutan Hari Guru.


SBAfL sharing session

School Based Assessment for Learning so far....

Thursday 27 September 2012

Lawatan Ke ICC

[26 September 2012]
Murid-murid Tahun 4 dan 5 adakan lawatan Ke ICC, Bandar Seri Begawan sempena Hari Guru ke 24. Disana murid-murid mengikuti berbagai-bagai aktiviti.


Saturday 22 September 2012

Lawatan Lesson Study 2012

Lawatan Lesson Study bagi Tahun 3 2012.


Activity Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Activity Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Majlis pembukaan Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Sesi soal jawab perambahan Brunei
Sesi membaca

Thursday 13 September 2012

Lawatan memantau Kaedah gabungan bunyi kata

Pada Isnin lepas, Prof. Emeritus Dato Isahak Haron serta guru-guru SPN 21 datang untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Pg. Dipa Negara Pg. Jaya Sengkarai, Tutong 1, untuk memantau program KGBK (Kaedah Gabungan Bunyi Kata) bagi rendah bawah. Program ini adalah program pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu, bertujuan untuk memastikan murid Tahap I di peringkat sekolah rendah dapat membaca dan menulis Bahasa Melayu, selaras dengan dasar dan hasrat kementerian. Pendekatan KGBK yang digunakan adalah Kaedah Fonik dan Kaedah Seluruh Perkataan. Antara yang turut hadir pada hari tersebut ialah PPKD Tutong I, Ckg. Hj Suhaili bin Jaafar, Hjh. Masni binti Duraman dan Ckg, Zulkefli bin Hj. Ahmad.












Tuesday 11 September 2012

Sambutan Hari Raya 2012

Sambutan Hari Raya bagi Sekolah Rendah PDNPJ Sengkarai diadakan di Dewan Dipa Negara bermula dalam jam 8 pagi pada 1 September 2012.. Antara acara yang diadakan adalah persembahan dari murid-murid sekolah dari pra hingga tahun 6 dan persembahan nanyian daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.


Friday 31 August 2012

Lawatan dari Jabatan Kenaziran

Pada 30 Ogos, wakil dari Jabatan Kenaziran, telah datang untuk memberi maklum balas dari lawatannya yang telah dijalankan pada bulan Jun lepas.






Thursday 9 August 2012

Majlis Khatam Al-quran & Derma anak anak Yatim

Majlis Khatam Al-Quran dan Drema Anak-anak Yatim diadakan dalam jam 8 pagi di Dewan Dipa Negara. Tetamu kehormat yang hadir ialah, Yang Mulia Cikgu Hj. Md. Shuani (PPPDT). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehotmat majlis. Diteruskan dengan Khatam Al-Quran, bacaan Tahtim Al-Quran, zikir serta penyampaian derma anak yatim.


Thursday 26 July 2012

Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong


17hb Julai (Selasa), Warga sekolah ini telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat & Penduduk Daerah Tutong Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke-66 Tahun.
Guru-guru, kakitangan berserta murid-murid Rendah Atas berdiri di sepanjang jalan menuju Pentas Diraja untuk mengibarkan bendera kecil bersama-sama murid-murid/penuntut dari sekolah lain.







Tuesday 24 July 2012

Sebelum bermulanya bulan Ramadhan

Ceramah pendek dari Ustaz Alimin dan Quiz Bulan Ramadhan


Monday 23 July 2012

Taklimat Bulan Ramadhan & Kuiz Ramadhan 2012

19hb Julai 2012(Khamis) Bagi membuat persediaan menghadapi Bulan Ramadhan, Bahagian Rohani Sekolah ini telah mengadakan taklimat Bulan Ramadhan & kuiz Ramadhan. Taklimat Ramadhan ini disampaikan oleh Ustaz Alimin bin Rahimin dan diteruskan dengan Kuiz Ramadhan.




Persembahan Lagu-Lagu Dakwah Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong

15hb Julai 2012 (Ahad), Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai pertandingan lagu-lagu dakwah peringkat sekolah rendah Daerah Tutong dalam bahagian lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan sekolah  ini mempersembahkan lagu mereka dengan baik sekali dan dengan gaya yang menarik.




Majlis Tahlil Dan Doa Arwah 2012

Pada 19hb Julai yang lalu sekolah ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang dianjurankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin dan kemudian diikut dengan ucapan daripada Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Yakub bin Abd Rahman. Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Nasyid Sekolah yang telah menjuarai kedua-dua bahagian lelaki dan perempuan.Acara setelah itu diteruskan dengan persembahan nasyid daripada kedua-dua pasukan nasyid sekolah. Setelah itu Majlis tahlil dan Doa Arwah mengambil tempat dan majlis diakhir dengan menikmati jamuan.

Wednesday 27 June 2012

Lawatan Ke Pameran Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012

26hb Jun 2012 (Selasa), Warga Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah mengadakan lawatan ke Pameran Sempena Sambutan Memperingati Hari Antara Bangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012.
Lawatan ini disertai oleh Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah berserta murid-murid Tahun 5. Ianya merupakan salah satu daripada Perkembangan Staff bagi guru-guru dan kakitangan. Pihak sekolah juga membawa murid-murid Tahun 5 ke pameran ini kerana pemeran ini bersangkut paut dengan tajuk mata pelajaran Science yang telah mereka pelajari iaitu mengenai dadah.


 
Warga Sekolah bergambar beramai-ramai

Monday 25 June 2012

Staff Development - Permainan Handball

Fasilitator:
Cikgu Md Zul Ihsan bin Safar
Cikgu Mohd Zhafari Bin Hj Mohd Arripin (SR PKN Bukit Beruang II)
Cikgu Azim bin Morni (SR Perpindahan Kampong Bukit Beruang II)

Tarikh:
30hb Mei 2012

Jam:
2.00 petang hingga 3.30 petang

Tajuk:
Permainan Handball
From Staff Development - Handball

Saturday 16 June 2012

Sukan Ria Sempena Cuti Penggal ke II, 2012

Pada hari terakhir persekolahan 9hb yang lepas, sekolah ini mengadakan Acara Sukan Ria Sempena Cuti Penggal ke II. Acara ini juga adalah salah satu dari pada aktiviti Outreach Program: Masyarakat Sihat Dan Cantik.


Ketua Kampung Sengkarai, Haji Mumin bin Abdul Razak melakukan "Warming up" bersama-sama ibu bapa dan warga sekolah.


Acara mengupas bawang putih menggunakan tangan bagi peserta lelaki/bapa.


Pengerusi PIBG 2012-2013 bersama isreri beliau turut serta dalam acara lari ikat kaki suami isteri.




Saturday 9 June 2012

Ceramah Dadah

Pada 30hb April yang lalu, Satu ceramah mengenai dadah telah diadakan di sekolah ini. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 5 sekolah ini dan juga dari Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong.

Thursday 7 June 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja

Pada 26hb Mei 2012 Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.




English Activity - Miss Siobhan

This Morning Miss Siobhan brought her pupils to the Teacher's Lounge for Making Jelly & Sandwich Activity. She did this activity with her Preschool children and they loved it very much.

Taklimat Pengenalan Sekolah

Pada 28hb Mei yang lalu, telah berlangsung satu taklimat mengenai sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Siti Rohaya binti Hj Besar. Taklimat ini adalah pengenalan mengenai sekolah untuk Pegawai - Pegawai daripada Jabatan Kenaziran. Acara berlangsung pada pukul 2.00 petang dan selesai pada pukul 3.30 petang.


Mock Examination 1 Tahun 2012

Mock Examination 1 bagi Tahun 6 telah selesai pada 30hb Mei yang lalu. Peperiksaan ini bermula pada 26hb mei yang lalu dan ianya diselaras bagi semua sekolah-sekolah Tutong I.

Aktiviti Perkumpulan Pagi

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menyelitkan berbagai-bagai aktiviti setelah selasai perkumpulan pagi. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah Senaman Ringan, Aktiviti Membaca, Aktiviti Kesihatan dan berbagai-bagai lagi aktiviti.





Tuesday 5 June 2012

Taklimat SEQE 2012

Pada Hari Khamis 24hb Mei yang lalu, guru-guru dari sekolah ini telah mendengar Taklimat SEQE daripada Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kenaziran, Kementerian Pendidikan.Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kenaziran berada di sekolah ini selama enam hari bermula 26hb Mei sehingga 2hb Jun 2012.

Thursday 24 May 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Pada 11hb Mei yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG 2012. Pada Mesyuarat kali ini merupakan Pembubaran AJK PIBG 2011-2012 dan seterusnya perlantikan Ahli PIBG yang baru bagi Sesi 2012-2013.

Saturday 12 May 2012

Sambutan Hari Keluarga Peringkat Sekolah

Hari Sabtu lalu (10hb Mei) juga telah diadakan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Sekolah. Berbagai Aktiviti telah dijalankan bagi setiap kelas bagi memperingkati Hari Keluarga.

Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pagi Khamis lalu (10hb Mei 2012) sekolah ini telah mengadakan Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto.
Majlis berlangsung di Dewan Dipa Negara, SR PDN PJ Sengkarai.

Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar

Pada 7hb Mei yang lalu, Acara Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah berlangsung.Guru Besar sekolah ini iaitu Cgu Siti Rohaya bte Hj Besar telah memaklumkan kepada semua murid-murid sekolah ini semasa Perbarisan Pagi bahawa sekolah ini telah memcapai satu lagi kejayaan iaitu menjuarai Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong I. 

Beliau menambahkan segala kejayaan dapat dicapai jikalau murid-murid melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat dan dengan serius. Cgu Hjh Siti Rohaya juga menasihat semua murid-murid supaya selalu berkerja dengan tekun untuk mencapai keputusan yang cemerlang baik dalam bidang akademik mahupun dalam kokurikulum.

Cikgu Hjh Siti Rohaya juga berkesudian untuk mengalungkan pingat-pingat kepada semua pemain futsal sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Piala Kejuaraan tersebut telah disampaikan oleh ketua pasukan futsal sekolah iaitu Mohd Syafiq Fiqri bin Mahri kepada Guru Besar Sekolah.




Monday 7 May 2012

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Bagi Tahun 2012 yang telah berlangsung pada 5hb Mei yang lalu. Dalam Perlawanan Akhir tersebut Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menewaskan Sekolah Rendah Birau dengan jaringan 3-0. Mohd Syafiq Fikri bin Hj Mahri telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan ini. Dalam Peringkat Kumpulan Sekolah ini telah berjaya menewaskan SR Muda Hashim 4-3 dan SR Bakiau 5-1 tetapi tewas ketika menentang SR Batang Mitus 1-2. Di peringkat suku akhir pula SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan SR Penanjong dengan jaringan tipis 1-0. Di Peringkat Separuh Akhir SR PDN PJ Sengkarai berjaya menewaskan Juara Bertahan SR Sinaut dengan jaringan 1-0.

Pengagihan Jam Tangan Kurnia Kebawah Duli

Selasa, 1hb Mei 2012 telah berlangsung Majlis Pengagihan Jam Tangan Kurnia Kebawah Duli bagi sekolah ini. Jam-jam tersebut telah diagihkan kepada guru-guru di sekolah ini oleh Guru Besar SR PDN PJ Sengkarai, Cg Hjh Siti Rohaya binti Hj Besar.

Majlis Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pada 4hb Mei yang lalu telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto. Tiga orang anak Awg Mohd Epindi bersekolah di Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai iaitu Mohd Eddy Jelaidi bin Mohd Epindi - Murid Tahun 5, Erni Suzanti binti Muhd Epindi - Murid Tahun 3 dan Erni Suzani Muhd Epindi - Murid Pra Sekolah.

Monday 30 April 2012

Science Activity - Cikgu Nofaiza

Pada 12hb April yang lalu, Cikgu Faiza telah membuat Demonstrasi kepada murid-murid Tahun 6 tentang bahaya merokok. Demo yang menunjuk bagaimana keadaan paru-paru bagi mereka yang merokok sedikit sebanyak boleh menyedarkan mereka betapa bahayanya akibat merokok tersebut. Demonstrasi adalah merupakan subtajuk dalam Mata Pelajaran Science 'Personal Health'.

Saturday 28 April 2012

Spelling Bee Competition 2012, Tutong 1

Pada 21hb April 2012 telah berlangsung Pertandingan 'Spelling Bee' 2012 Sekolah Rendah Tutong 1 dan salah seorang wakil sekolah ini, Mohd Amirul Amin bin Rosli telah berjaya menjuarai pertandingan ini.

Tuesday 24 April 2012

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Sekolah Rendah Tutong I

Pada 17hb April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah bagi Tutong 1, yang diadakan di Kompleks Sukan Tutong. Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menduduki tempat ketiga setelah tewas di Perlawanan Separuh Akhir menentang SR Birau. Kejohanan ini telah dijuarai oleh SR Kg Menengah setelah berjaya menewaskan SR Birau.

Friday 16 March 2012

Taklimat Outreach Programme School Library For All

Pada Jumaat yang lepas, Sekolah telah mengadakan taklimat mengenai outreach programme bagi tahun 2012 (Aktiviti sepanjang tahun). Pada hari tersebuat, ibu bapa / penjaga berpeluang untuk mendaftar diri sebagai ahli pustaka. Berbagai aktiviti juga diadakan bagi ibu bapa / penjaga dan murid-murid. antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah quiz Kenali Negara Kita, puzzle, mewarna dan aktiviti melukis. Acara itu diteruskan dengan lantikan Ahli JawatanKuasa Outreach Programme School Library For All. Sebelum mengakhiri acara tersebut, penyampaian hadiah diadakan bagi cabutan nombor bertuah, serta hadiah bagi aktiviti murid-murid.




Thursday 15 March 2012

Projek Science Anjuran JAPSER Fasa 1

Science oral Presentation through field work..

Murid-murid tahun 5 terlibat dalam Aktiviti Science oral Presentation through field work. Dalam Aktiviti tersebut, murid-murid dalam setiap kumpulan dihendaki mencari 10 jenis daun dan membuat huraian mengenai daun-daun yang di petik.


Tuesday 21 February 2012

Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H

Selesai sahaja Majlis Perarakan dijalankan, Majlis pada Hari Sabtu (18hb Februari) diteruskan dengan acara Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin Rahimin dan seterusnya diikuti dengan ucapan ringkas daripada Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Hjh Siti Rohaya bte Hj Besar.
Majlis diteruskan dengan laungan Azan Subuh oleh 14 orang murid sekolah ini dan setelah itu 8 orang murid perempuan membaca Ayat-Ayat Lazim.
Majlis pada pagi itu diserikan lagi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Alimin Rahimin.
Acara Kuiz Maulud Nabi mengambil tempat setelah selesai ceramah khas dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


Adik Mohd Samir telah menjadi johan dalam Acara Azan Subuh.



Adik Aziah menjuarai bahagian bacaan Ayat-Ayat Lazim.


Perakan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Sekolah 2012

Pada Sabtu yang lalu, 18hb Februari 2012, Sekolah ini telah mengadakan Majlis Perarakan Maulud Nabi Peringkat Sekolah. Majlis ini diadakan pada awal pagi dimulai dengan Zikir Marhaban dan kemudiannya diteruskan dengan perarakan menuju ke simpang masuk sekolah dan berpatah balik ke sekolah.









Monday 20 February 2012

Ceramah daripada Wan Ali bin Hj. Ibrahim

Pada petang Rabu, pihak sekolah telah mengundang seorang Penceramah dari Jabatan Pembangunan Masyarakat Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan iaitu Wan Ali bin Hj. Ibrahim. Guru-guru Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menghadiri ceramah tersebut dari pukul 2 petang hingga 3.30 petang.


Saturday 18 February 2012

Klinik Bola Jaring

Pada Jumat kelmarin, Murid-murid yang menyertai Netball telah mengadakan latihan asas di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Sengkarai. Tenaga pengajar adalah Jabatan Kokurikulum iaitu Cikgu Rosni binti Hj. Yahya dan Cikgu Normah binti Hj. Jumat; dan dua belas orang murid dari majlis sukan sekolah-sekolah.

Murid-murid Sekolah Sengkarai melakukan latihan asas seperti 'warming up,' 'throwing,' 'catching,' dan 'cooling down.'