Showing posts with label Latihan. Show all posts
Showing posts with label Latihan. Show all posts

Saturday, 12 March 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Sebagai persediaan pasukan Bola Jaring Sekolah ini, pagi tadi pasukan bola jaring sekolah telah mengadakan perlawanan bola jaring menentang pasukan Bolasepak Sekolah. Walaupun ini kali pertama mereka bermain bola jaring, kelebihan berpihak kepada pasukan lelaki yang rata-rata memiliki fizikal yang tinggi.
Walau bagaimanapun Pasukan bola jaring sekolah bermain dengan baik walaupun tewas 2-6. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan bola jaring sekolah untuk memberi saingan kepada pasukan sekolah lain nanti.

Wednesday, 9 March 2011

Latihan Bola Jaring

Pasukan Bola Jaring SR PDN PJ Sengkarai sedang giat menjalani latihan Bola Jaring pada setiap hari kecuali Hari Khamis. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Hjh Aminah, Cikgu Suhardah dan juga Cikgu Hjh Zuriah. Semoga pasukan bola jaring sekolah berjaya dalam perlawanan mereka nanti dan mengharumkan nama sekolah ini.

Latihan Badminton sebelum pertandingan akhir

Seorang murid sekolah ini berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Badminton Sekolah-sekolah Rendah Tutong I,dalam acara perseorangan yang akan diadakan pada pagi ini. Pada awal pagi tadi murid ini menjalani sedikit latihan dan menerima kata-kata semangat daripada Guru Besar, Penolong Guru besar dan Guru Pengawas. Pihak Sekolah mendoakan semoga Adik Mohd Izam berjaya dalam pertandingan ini nanti.