Showing posts with label Majlis Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Keagamaan. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Sambutan Hari Raya 2012

Sambutan Hari Raya bagi Sekolah Rendah PDNPJ Sengkarai diadakan di Dewan Dipa Negara bermula dalam jam 8 pagi pada 1 September 2012.. Antara acara yang diadakan adalah persembahan dari murid-murid sekolah dari pra hingga tahun 6 dan persembahan nanyian daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.


Monday, 23 July 2012

Taklimat Bulan Ramadhan & Kuiz Ramadhan 2012

19hb Julai 2012(Khamis) Bagi membuat persediaan menghadapi Bulan Ramadhan, Bahagian Rohani Sekolah ini telah mengadakan taklimat Bulan Ramadhan & kuiz Ramadhan. Taklimat Ramadhan ini disampaikan oleh Ustaz Alimin bin Rahimin dan diteruskan dengan Kuiz Ramadhan.




Majlis Tahlil Dan Doa Arwah 2012

Pada 19hb Julai yang lalu sekolah ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang dianjurankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin dan kemudian diikut dengan ucapan daripada Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Yakub bin Abd Rahman. Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Nasyid Sekolah yang telah menjuarai kedua-dua bahagian lelaki dan perempuan.Acara setelah itu diteruskan dengan persembahan nasyid daripada kedua-dua pasukan nasyid sekolah. Setelah itu Majlis tahlil dan Doa Arwah mengambil tempat dan majlis diakhir dengan menikmati jamuan.

Saturday, 12 May 2012

Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pagi Khamis lalu (10hb Mei 2012) sekolah ini telah mengadakan Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto.
Majlis berlangsung di Dewan Dipa Negara, SR PDN PJ Sengkarai.

Monday, 7 May 2012

Majlis Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pada 4hb Mei yang lalu telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto. Tiga orang anak Awg Mohd Epindi bersekolah di Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai iaitu Mohd Eddy Jelaidi bin Mohd Epindi - Murid Tahun 5, Erni Suzanti binti Muhd Epindi - Murid Tahun 3 dan Erni Suzani Muhd Epindi - Murid Pra Sekolah.

Tuesday, 21 February 2012

Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H

Selesai sahaja Majlis Perarakan dijalankan, Majlis pada Hari Sabtu (18hb Februari) diteruskan dengan acara Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin Rahimin dan seterusnya diikuti dengan ucapan ringkas daripada Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Hjh Siti Rohaya bte Hj Besar.
Majlis diteruskan dengan laungan Azan Subuh oleh 14 orang murid sekolah ini dan setelah itu 8 orang murid perempuan membaca Ayat-Ayat Lazim.
Majlis pada pagi itu diserikan lagi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Alimin Rahimin.
Acara Kuiz Maulud Nabi mengambil tempat setelah selesai ceramah khas dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


Adik Mohd Samir telah menjadi johan dalam Acara Azan Subuh.



Adik Aziah menjuarai bahagian bacaan Ayat-Ayat Lazim.


Perakan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Sekolah 2012

Pada Sabtu yang lalu, 18hb Februari 2012, Sekolah ini telah mengadakan Majlis Perarakan Maulud Nabi Peringkat Sekolah. Majlis ini diadakan pada awal pagi dimulai dengan Zikir Marhaban dan kemudiannya diteruskan dengan perarakan menuju ke simpang masuk sekolah dan berpatah balik ke sekolah.









Saturday, 17 September 2011

Sambutan Hari Raya 2011


Sambutan Hari Raya bagi Sekolah Rendah PDNPJ Sengkarai diadakan di Dewan Dipa Negara bermula dalam jam 8 pagi.. antara acara yang diadakan adalah persembahan dari murid-murid sekolah dari tahun 1 hingga tahun 6, persembahan nanyian daripada guru-guru dan kakitangan sekolah dan cabutan bertuah.
Ucapan daripada Penolong Guru Besar SR PDNPJ Sengkarai

Ucapan daripada wakil murid dari Tahun 6.


Antara guru-guru SR PDNPJ Sengkarai Tutong

Emcee pada pagi tersebut

Pengawas Hadiah-hadiah

Antara persembahan murid-murid

Persembahan nanyian Hari Raya daripada guru-guru.


Persembahan Tarian dari guru-guru, Guru Besar juga turut serta..

Tuesday, 16 August 2011

Majlis Khatam Al-quran & Derma anak anak Yatim

16HB Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Drema Anak-anak Yatim diadakan dalam jam 9 pagi di Dewan Dipa Negara. Tetamu kehormat yang hadir ialah, Yang Mulia Cikgu Hj. Md. Shuani (PPPDT), Yang Mulia Hj. Abd. Momin bin Razak (Ketua Kampong Sengkarai Tutong).



Wednesday, 23 February 2011

Majlis Membaca Surah Yassin bersempena Hari Kebangsaan Yang ke-27

Selasa, 22hb Februari Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27. Majlis diadakan di Dewan Dipa Negara, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai.
Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Alimin bin Rahimin dan setelah itu diikuti dengan bacaan doa selamat.










Monday, 21 February 2011

Acara Perarakan Maulud Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam & Ceramah Agama 1432H/2011M

Pada 19hb februari yang lalu telah diadakan Acara Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam dan Ceramah Agama 1432H/2011M. Acara Perakan dijalan pada awal pagi iaitu pada pukul 7.30 pagi. Perarakan dimula di kawasan lapang letak kereta menuju ke persimpangan sekolah dan berpatah balik menuju ke kawasan lapang letak kereta.

Pada Pukul 9.00 pagi pula acara diteruskan dengan ceramah Agama sempena Maulud Nabi. Tetamu terhormat pada majlis tersebut ialah Cikgu Haji Shuani bin Haji Kadir, PMK PPDT/PPKD Tutong I. Ceramah Agama ini disampaikan oleh Imam Masjid Kg Tanjong Maya, Tuan Imam Haji Nuin bin Haji Hassan dengan tajuk ceramah " Makhlus Halus/Jin & Cara Mengatasinya" . Di akhir ceramah diadakan sesi soal jawab yang menarik minat tertamu kehormat majlis untuk menyoal satu soalan kepada penceramah majlis tersebut. Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi dan diteruskan dengan majlis jamuan makan.















Friday, 23 January 2009

Majlis Tahun Baru Hijrah 1430H / 2009 M

Sekolah menganjurkan sambutan Awal Tahun Hijrah 1430H/ 2009 M pada 22.01.2009 dengan mengadakan ceramah ugama yang di sampaikan oleh oleh wakil dari Jabatan Hal ehwal Ugama, Tutong.

Majlis sambutan awal tahun hijrah bagi tahun 1430 H/ 2009M