Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Wednesday, 27 June 2012

Lawatan Ke Pameran Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012

26hb Jun 2012 (Selasa), Warga Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah mengadakan lawatan ke Pameran Sempena Sambutan Memperingati Hari Antara Bangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012.
Lawatan ini disertai oleh Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah berserta murid-murid Tahun 5. Ianya merupakan salah satu daripada Perkembangan Staff bagi guru-guru dan kakitangan. Pihak sekolah juga membawa murid-murid Tahun 5 ke pameran ini kerana pemeran ini bersangkut paut dengan tajuk mata pelajaran Science yang telah mereka pelajari iaitu mengenai dadah.


 
Warga Sekolah bergambar beramai-ramai

Thursday, 7 June 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja

Pada 26hb Mei 2012 Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.




Wednesday, 30 November 2011

Lawatan Ke Balai Bomba Tutong

Pada 16hb November yang lalu, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah mengadakan satu lawatan ke Balai Bomba Tutong. Seramai lebih kurang 90 orang murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6 telah dipilih mengikuti lawatan tersebut yang disertai oleh 8 orang gur pengawas.
Acara dimulakan dengan ucapan aluan-aluan dan kemudian taklimat mengenai Balai Bomba Tutong, setelah itu murid-murid menyertai peraduan mewarna. Setelah selesai murid-murid dan guru-guru berserta pegawai-pegawai bomba menikmati jamuan yang disediakan. Murid-murid juga tidak melepasi peluang untuk menaiki dan masuk ke dalam kereta bomba yang selama ini hanya dipandang dari jauh sahaja. Setelah itu guru-guru dan murid-murid menyaksikan persembahan menyelamat dari pada Bomba dan Penyelamat Tutong. Acara paling menarik pada pagi itu ialah bermain dengan foam atau buih.

Pada akhir lawatan pagi tersebut Pihak Bomba dan Penyelamat Tutong telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam Peraduan Mewarna.









Monday, 16 May 2011

Lawatan Ke Pusat Mempromosi Kesihatan

Pada 7hb Mei 2011 yang lalu Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 dari sekolah ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan di jalan Commonwealth, Berakas. Di sana mereka telah diberi pemeriksaan gigi. Kemudian mereka diberi tunjukcara mencuci tangan dengan betul.


Tuesday, 10 May 2011

Lawatan Ke Pusat Mempromosi Kesihatan

3hb Mei, Selasa Sebagai salah satu kegiatan 'Staff Development' guru-guru Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai mengadakan lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan pada 3hb Mei lalu yang diadakan di sebelah petang.

Thursday, 7 April 2011

Lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa

Pada 4hb April 2011 yang lalu, murid-murid Rendah Atas telah mengadakan lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa yang diadakan di Darulifta.

Monday, 7 March 2011

Lawatan ke Pesta Buku 2011

Pada Hari Sabtu yang lalu (5hb Mac 2011) sekolah ini mengadakan lawatan Ke Pesta Buku 2011 yang diadakan di ICC Berakas, Murid-murid Tahun 3 & 4 telah dipilih untuk mengikuti lawatan tersebut.

Tuesday, 1 March 2011

Lawatan Ke Muzium Brunei & Makan Sultan Bolkiah

Pada hari Isnin yang lepas, murid-murid Tahun 5 sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Brunei dan Makam Sultan Bolkiah. 4 orang guru sekolah ini juga turut serta dan mengawasi murid-murid semasa lawatan tersebut. Murid-murid diminta untuk mencatat perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelajaran semasa lawatan tersebut untuk dibincangkan di sekolah nanti.

Monday, 10 January 2011

Lawatan Ke Penjara

Lawatan Ke RTB

Pada 1hb November yang lalu Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru 6 telah mengadakan lawatan ke RTB, Bandar Seri Begawan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengisi masa lapang murid-murid tahun 6 setelah selesai menghadapi PSR.

Monday, 13 April 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

Murid-murid Tahun 4 semasa melawat ke pameran Alat-Alat Kebesaran Diraja