Saturday 12 May 2012

Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar

Pada 7hb Mei yang lalu, Acara Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah berlangsung.Guru Besar sekolah ini iaitu Cgu Siti Rohaya bte Hj Besar telah memaklumkan kepada semua murid-murid sekolah ini semasa Perbarisan Pagi bahawa sekolah ini telah memcapai satu lagi kejayaan iaitu menjuarai Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong I. 

Beliau menambahkan segala kejayaan dapat dicapai jikalau murid-murid melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat dan dengan serius. Cgu Hjh Siti Rohaya juga menasihat semua murid-murid supaya selalu berkerja dengan tekun untuk mencapai keputusan yang cemerlang baik dalam bidang akademik mahupun dalam kokurikulum.

Cikgu Hjh Siti Rohaya juga berkesudian untuk mengalungkan pingat-pingat kepada semua pemain futsal sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Piala Kejuaraan tersebut telah disampaikan oleh ketua pasukan futsal sekolah iaitu Mohd Syafiq Fiqri bin Mahri kepada Guru Besar Sekolah.




No comments:

Post a Comment