Saturday 30 April 2011

Perlawanan Akhir Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

28 April, Khamis: Pasukan Sepak Takraw sekolah ini gagal mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila tewas kepada Sekolah Rendah Kampong Menengah dalam rubber set. Walaupun pada mula pasukan Sepak Takraw Sekolah bermain dengan baik pada set pertama, Set kedua bermula dengan buruk sekali banyak kecuaian dan kesilapan menyebabkan pasukan sekolah pada set kedua dan kalah pada set penentuan. Walaupun tewas Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah berjaya hinga ke peringkat akhir. Tahniah!


Tuesday 26 April 2011

Pasukan Sepak Takraw Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai Mara Ke Perlawanan Akhir

25 April,Isnin: Pasukan Sepak Takraw Sekolah ini berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1. Pada Perlawan pertama sekolah ini telah berjaya menewaskan Sekolah Rendah Birau. Pada perlawanan seterus pasukan sekolah telah berjaya mengalahkan Sekolah Chung Hwa Kiudang. Pada Peringkat Separuh Akhir Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai bertemu dengan Sekolah Rendah Lamunin. Dalam Peringkat Separuh AKhir Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir setelah menewaskan Sekolah Rendah Lamunin dengan Straight Set 21-18, 21-16.
Pada Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 28hb April 2011 ini nanti kita akan menyaksikan perlawanan yang dijangka hebat untuk menentukan siapa yang menjadi juara di antara Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai dengan Sekolah Rendah Kampong Menengah.
Perlawanan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.
Pihak Sekolah berharap pasukan Sepak Takraw sekolah ini akan dapat mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut-turut.


Monday 25 April 2011

Tamat Latihan Mengajar


Hari Sabtu lalu iaitu 23 April merupakan hari terakhir bagi Cikgu Hjh Roudhahtul Qiyah Hj Isa berada di sekolah ini. Cikgu Hjh Roudhahtul telah menamatkan latihan mengajarnya selama 14 minggu di sekolah ini. Selama berada di sekolah ini beliau bergiat aktif dalam kelab pengakap tunas dan juga menjadi jurugambar sekolah ini.
Ribuan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada salah seorang lagi guru latihan mengajar yang telah menamatkan latihannya lebih awal iaitu cikgu Rabiatul Adawiyah. Beliau juga aktif memberi sumbangannya kepada pihak sekolah.
Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan mereka kepada pihak sekolah.

Saturday 23 April 2011

Persembahan Sekolah Semasa Peraduan Mari Bercerita Peringkat Daerah


Persembahan Koir Pembukaan "Mari Bercerita"




Persembahan "Aci Aci Buka Pintu"




Persembahan "Ali Baba & Penyamun"

English Thinking Hat 2

English Thinking Hat 20th April 2011.

English Thinking Hat 1

English Thinking Hat Activities 19th April 2011.

Peraduan Mari Bercerita Peringkat Daerah Tutong

21 April, Khamis: Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai telah menjadi tuan rumah bagi Peraduan Mari Bercerita Peringkat Daerah Tutong. Ini adalah kali ketiga sekolah ini menjadi tuan rumah bagi peraduan ini.

Friday 22 April 2011

Latihan Penuh Peraduan Mari Bercerita

Pada 20hb April 2011, Latihan penuh bagi Peraduan Mari Bercerita Peringkat Daerah Tutong telah dijalankan di sekolah ini. AJK peraduan tersebut iaitu terdiri daripada kakitangan Dewan Bahasa & Pustaka, Radio Televisyen Brunei dan juga dari pihak sekolah sibuk membuat persiapan rapi agar acara yang berlangsung pada 21hb April itu nanti akan berjalan dengan lancar dan teratur.

Thursday 21 April 2011

English Thinking Hat 2

English Thinking Hat 20th April 2011.


Saturday 16 April 2011

Aktiviti-Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris

Bagi menghidupkan Bulan Bahasa Inggeris pada tahun ini, Pada setiap hari Selasa dijalankan Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris bagi semua peringkat. Aktivti bagi Peringkat Rendah Bawah adalah berbeza pada setiap minggu dan Bahagian Rendah ini diketuai oleh Cikgu Azeematul. Di antara aktiviti-aktiviti bagi rendah bawah adalah seperti "Spelling Bee", "Phonic Spelling", "Anagram", "Vocabulary", "Build A Sentence", "Word Search Puzzle", "Puzzles", "Jumble Words" & "Buddy reading".
Manakala Bahagian Rendah Atas pula menjalankan Aktiviti "Thinking Hat" yang diketuai oleh Cikgu Shane Ross.



Aktiviti Rendah Bawah



Aktiviti Rendah Atas

Latihan Kelab Catur Bagi Menghadapi Pertandingan Catur Peringkat Sekolah Rendah Tutong

Latihan diadakan pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. 6 orang murid yang mewakili sekolah ini dibimbing oleh guru-guru yang berkebolehan dan mereka diajarkan peraturan-peraturan permainan.

Thursday 14 April 2011

Latihan Koir Bagi Peraduan Mari Bercerita

Pada 9hb April lalu, Kelab Koir Sekolah telah memulakan latihan Persembahan Koir Bagi Peraduan Mari Bercerita. Murid-murid yang dipilih bagi mengikuti Persembahan Koir ini adalah daripada murid-murid Tahun 5.

Latihan Persembahan Peraduan Mari Bercerita

Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai menjadi tuan rumah bagi Peraduan Mari bercerita Peringkat Daerah Tutong yang akan diadakan pada 21hb April 2011. Sebagai penyeri pada acara itu nanti Kelab Drama & Lakonan membuat 2 lakonan pendek dan mereka begitu sibuk membuat persediaan lakonan pendek untuk acara tersebut. Lakonan Muzikal "Aci-aci Buka Pintu" menjadi pilihan pertama dan satu lagi masih dalam perancangan.


Persediaan Lakonan Muzikal " Aci-Aci Buka Pintu"

Monday 11 April 2011

Perjumpaan Kelab Pengakap Tunas Kali Pertama 2011

Pada 9hb April lalu, Kelab Pengakap Tunas Sekolah telah mengadakan perjumpaan yang pertama kalinya. Cikgu Husaimi diberi tanggungjawab untuk menghidupkan semula Kelab Pengakap Tunas setelah guru yang terdahulu telah melanjutkan pelajaran ke UBD.


Aktiviti Semasa Rehat

Aktiviti ini dijalankan pada 9hb April bersempena "English Month".

Perjumpaan PIBG Sesi Tahun 2011 dan 2012

Pada Hari Jumaat(8hb April 2011) telah diadakan Perjumpaan PIBG Sesi Tahun 2011-2012. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin Rahimin dan kemudiannya diteruskan dengan sedikit penerangan Profil Sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Siti Rohaya bte Hj Besar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembubaran AJK PIBG Sesi Tahun 2010-2011 dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru. Di akhir perjumpaan guru-guru beserta ibu bapa serta penjaga murid menikmati jamuan yang disediakan dan setelah diadakan sesi bergambar ramai.

Thursday 7 April 2011

Lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa

Pada 4hb April 2011 yang lalu, murid-murid Rendah Atas telah mengadakan lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa yang diadakan di Darulifta.

Monday 4 April 2011

Perasmian Bulan Bahasa Inggeris

Setelah rasminya ditutup Bulan Matematik pada 2hb April yang lalu maka dengan rasminya Bulan Bahasa Inggeris bermula. Bulan Bahasa Inggeris dirasmikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Yakub bin Hj Abdul Rahman dan pada hari perasmian tersebut berbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi murid-murid sekolah ini.

Penutup Bulan Maths 2011

Penutp Bulan Maths diadakan pada 2hb April yang lalu. Acara dimulakan dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang melakukan Projek 'Cuti-Cuti Maths' mereka cemerlang. Setelah itu murid-murid mengikuti aktiviti-aktiviti mengikut kelas masing-masing yang telah disediakan oleh guru-guru yang telah ditugaskan. Selain itu juga pameran hasil kerja murid juga turut dipamerkan.