Showing posts with label Lawatan Dari Luar. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Dari Luar. Show all posts
Monday, 4 February 2013
Lawatan Professor Dari United Kingdom Untuk Mata Pelajaran Science
Pada 30hb Januari yang lalu, seorang Professor dari United Kingdom mengadakan lawatan ke sekolah ini. Beliau melihat cara pengajaran mata pelajaran Science di sekolah ini.
Saturday, 22 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Lawatan memantau Kaedah gabungan bunyi kata
Pada Isnin lepas, Prof. Emeritus Dato Isahak Haron serta guru-guru SPN 21 datang untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Pg. Dipa Negara Pg. Jaya Sengkarai, Tutong 1, untuk memantau program KGBK (Kaedah Gabungan Bunyi Kata) bagi rendah bawah. Program ini adalah program pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu, bertujuan untuk memastikan murid Tahap I di peringkat sekolah rendah dapat membaca dan menulis Bahasa Melayu, selaras dengan dasar dan hasrat kementerian. Pendekatan KGBK yang digunakan adalah Kaedah Fonik dan Kaedah Seluruh Perkataan. Antara yang turut hadir pada hari tersebut ialah PPKD Tutong I, Ckg. Hj Suhaili bin Jaafar, Hjh. Masni binti Duraman dan Ckg, Zulkefli bin Hj. Ahmad.
Monday, 13 February 2012
Lawatan "Inisiatif Mempromosi Kesihatan"
Pada 9hb Februari yang lalu, sekolah ini telah menerima lawatan dari rombongan Inisiatif Mempromosi Kesihatan yang terdiri dari pegawai-pegawai pendidikan dan Kementerian Kesihatan seramai 15 orang. Antara tujuan lawatan ialah bagi membincangkan perlaksanaan Inisiatif Mempromosi Kesihatan di sekolah ini. Aspek-aspek yang telah disentuh dalam lawatan ini ialah permakanan halal, sihat dan berkhasiat, kebersihan dan keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah (Kantin, Dapur, Bilik Darjah, Tandas, Longkang), kegemukan, tegahan merokok, plan tindakan kecemasan dan hal-hal lain yang berhubung kait dengan perkhidmatan kesihatan sekolah. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Tuesday, 7 June 2011
Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Rendah Maridian, Singapura
Pada 1hb Jun yang lalu, sekolah ini telah dilawati oleh satu rombongan dari Sekolah Rendah Maridian,Singapura. setibanya rombongan tersebut di kawasan lapang hadapan sekolah, mereka dimeriahkan dengan pukulan hadrah dari murid-murid sekolah ini dan taburan bunga rampai.

Setelah itu rombongan tersebut mengadakan sesi bergambar ramai dengan guru-guru dari sekolah ini dan AJK PIBG sekolah.

Kemudian rombongan dari Sekolah Rendah Maridian Singapura ini dibawa ke bilik Persidangan untuk mendengar taklimat dari Guru Besar sekolah ini, Cikgu Hajah Siti Rohaya binti Haji Besar.

Setelah itu mereka diberikan jamuan ringkas dan kemudian murid-murid dari SR Maridian juga telah menandatangani "Welcome Banner".

Kemudian Rombongan ini dibawa melihat pengajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa orang murid dari Sekolah Rendah Maridan juga telah mencuba menulis dalam tulisan jawi.

Setelah itu mereka dibawa ke Bilik Perpustakaan untuk melakukan berberapa aktiviti yang telah disediakan. Di bilik Perpustakaan mereka telah diperlihatkan cara membuat bunga rampai dan tudung saji.

Kemudian mereka melihat persembahan 'Pak Saloi' dari murid-murid Tahun 4. Mereka juga turut serta membuat beberapa aktiviti seperti mewarna, mencari perkataan dan sebagainya.

Kemudiannya Mereka dibawa ke Dewan Dipa Negara untuk meyaksikan Pameran Tradisi dan Persembahan Pentas.

Acara terakhir lawatan tersebut adalah Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Sekolah Rendah Maridian dengan Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai. yang berkesudahan SRMaridian menewaskan SR PDN PJ Sengkarai 2-1.

Slide Show Lawatan Sambil Belajar Sr Maridian Singapura:

Monday, 16 May 2011
Pemeriksaan Alat Pemadam Api
Pada 3hb Mei lalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tutong telah memeriksa alat pemadam api sekolah ini. ini adalah untuk memastikan alat pemadam api tersebut berfungsi dan juga memastikan alat pemadam api yang lama yang masih boleh digunakan. Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat juga telah memeriksa Sistem Keselamatan Kebakaran berfungsi dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)