Thursday 26 July 2012

Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong


17hb Julai (Selasa), Warga sekolah ini telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat & Penduduk Daerah Tutong Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke-66 Tahun.
Guru-guru, kakitangan berserta murid-murid Rendah Atas berdiri di sepanjang jalan menuju Pentas Diraja untuk mengibarkan bendera kecil bersama-sama murid-murid/penuntut dari sekolah lain.







Tuesday 24 July 2012

Sebelum bermulanya bulan Ramadhan

Ceramah pendek dari Ustaz Alimin dan Quiz Bulan Ramadhan


Monday 23 July 2012

Taklimat Bulan Ramadhan & Kuiz Ramadhan 2012

19hb Julai 2012(Khamis) Bagi membuat persediaan menghadapi Bulan Ramadhan, Bahagian Rohani Sekolah ini telah mengadakan taklimat Bulan Ramadhan & kuiz Ramadhan. Taklimat Ramadhan ini disampaikan oleh Ustaz Alimin bin Rahimin dan diteruskan dengan Kuiz Ramadhan.




Persembahan Lagu-Lagu Dakwah Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong

15hb Julai 2012 (Ahad), Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai pertandingan lagu-lagu dakwah peringkat sekolah rendah Daerah Tutong dalam bahagian lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan sekolah  ini mempersembahkan lagu mereka dengan baik sekali dan dengan gaya yang menarik.




Majlis Tahlil Dan Doa Arwah 2012

Pada 19hb Julai yang lalu sekolah ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang dianjurankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin dan kemudian diikut dengan ucapan daripada Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Yakub bin Abd Rahman. Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Nasyid Sekolah yang telah menjuarai kedua-dua bahagian lelaki dan perempuan.Acara setelah itu diteruskan dengan persembahan nasyid daripada kedua-dua pasukan nasyid sekolah. Setelah itu Majlis tahlil dan Doa Arwah mengambil tempat dan majlis diakhir dengan menikmati jamuan.