Saturday 5 June 2010

Aktiviti Bulan Matematik



Diantara murid -murid rendah bawah sedang menyiapkan kertas soalan yang diberikan
Salah seorang murid yang sedang mengira menggunakan jari-jemarinya
Salah seorang murid rendah atas yang membuat tugasan yang diberikan dengan sepenuh hati

Thursday 3 June 2010

Aktiviti Maths Trail

Diantara guru- guru yang bertugas bagi aktiviti maths trail
Di antara checkpoint yang ada
Guru yang menjaga di salah satu check point memberikan cop bagi tugasan yang sudah diselesaikan


Murid-murid sedang membuat salah satu tugasan yang di berikan di salah satu check point yang ada

Monday 3 May 2010

Penutup Bulan Bahasa Inggeris

Diantara Murid-murid yang membuat persembahan bagi penutup bulan Bahasa Inggeris

Guru Besar menyampaikan hadiah-hadiah galakan bagi murid yang cemerlang dalam aktiviti bulan bahasa Inggeris

Wednesday 14 April 2010

Kejohanan Sepak Takraw Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I





Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I yang telah berlangsung pada 12 April -13 April 2010. Laluan Pasukan Sekolah Ke Peringkat Akhir adalah begitu mudah sehingga menjuarai kejohanan ini.
Adik Kherol Hadi Feddilah telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut. Tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah ini.


Guru Besar Sekolah PDN PJ Sengkarai , Cikgu Hjh Siti Rohaya Binti Hj Besar hadir untuk memberi semangat kepada pasukan Sepak Takraw Sekolah


Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai bersama-sama jurulatih pasukan Cikgu Azari Sungkai dan Cikgu Mohd EddyAbdullah bergambar ramai dengan pasukan sepak takraw sekolah


Pemain Terbaik Kejohanan, Adik Kherol Hadi Feddilah

Kejohanan Bola Sepak Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong

Pasukan Bolasepak Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai gagal melayakan diri ke pusingan ke dua setelah tewas dalam pusingan pertama kepada Sekolah Rendah Penanjong, 0-2 pada Hari Isnin lalu.
Pada Separuh masa pertama, perlawanan adalah seimbang yang mana kedua-dua pasukan sering mengatur serangan. Hantaran tinggi dari pemain Sekolah Rendah Penanjong telah dikawal kemas oleh pemain pertahan Tan Kok Yein tetapi berlaku salah faham yang mengakibatkan penjaga gol menangkap bola tersebut di dalam kawasan penalti. Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh Pemain lawan dan menghasilkan gol pertama lebih kurang 15 minit perlawanan berjalan.
Gol kedua hadir apabila pemain pertahanan Md. Nasmenizam bin Abdullah menampan bola dengan tangan menyebabkan sepakan percuma berdekatan petak penalti dan peluang sekali lagi tidak dipersiakan oleh pasukan lawan.
Pasukan Sekolah Rendah Sengkarai mengatur serangan demi serangan tetapi kekentalan kubu pertahan Pasukan Penanjong berjaya menangkis serangan-serangan tersebut. kedudukan akhir 0-2.

Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah

Kejohanan Badminton yang telah berlangsung pada minggu lepas telah memberikan khabar gembira kepada sekolah ini. Pemain perseorangan Lelaki, Adik Kherol Hadi Feddilah telah menjuarai bahagian perseorangan.

Tuesday 9 March 2010

Fire Drill

Date: 28th January 2010
Location: SR PDN PJ Sengkarai Tutong 1











Thursday 4 March 2010

SAMBUTAN MAULUD NABI SR PDN PJ SENGKARAI




Murid-murid dan Guru-guru meraikan sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Thursday 28 January 2010

Kenangan 2009


Selamat Tahun Baru 2010
Video kenangan Tahun 2009 ini adalah sempena Majlis penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2009 dan sepatutnya diupload lebih awal iaitu pada awal Bulan Disember. Disebabkan terdapat masalah talian Internet sekolah menyebabkan sedikit terlewat.


download di sini
http://rapidshare.com/files/342187267/Penutup_Sekolah2.mpg.3GP

Tuesday 12 January 2010

Suasana Pengubahsuaian SR PDN PJ Sengkarai


Keadaan sekolah yang sedang di ubah suai bagi "projek bisai"