Showing posts with label SMK. Show all posts
Showing posts with label SMK. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

Taklimat Penjagaan Mulut Dan Gigi

Pada 19hb Mei 2011, AJK SMK(Sekolah Mempromosi Kesihatan) sekolah ini telah mengadakan Taklimat Penjagaan Mulut Dan Gigi. Taklimat pagi ini disasarkan kepada murid-murid Pra Sekolah. Murid-murid diterangkan bagaimana cara memberus gigi yang betul oleh Cikgu Husaimi dan Cikgu Norfaiza.
Murid-murid juga diberi demonstrasi cara memberus gigi dengan betul dan kemudian mereka sendiri mempratikkannya.

Monday, 2 May 2011

Rutin Pemeriksaan Kebersihan Murid

Sempena Program Sekolah Mempromosi Kesihatan(SMK) pada hari Khamis lalu sekolah ini mengadakan permeriksaan kebersihan murid-murid yang dilakukan pada awal pagi. Murid-murid diperiksa dari segi kekemasan & kebersihan pakaian mereka. Murid-murid juga diperiksa kebersihan kuku mereka, bagi yang mempunyai kuku yang panjang atau kotor mereka dinasihati untuk memotong kuku mereka dan mencuci tangan dengan sabun.