Monday 23 July 2012

Majlis Tahlil Dan Doa Arwah 2012

Pada 19hb Julai yang lalu sekolah ini mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang dianjurankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin dan kemudian diikut dengan ucapan daripada Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Yakub bin Abd Rahman. Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Nasyid Sekolah yang telah menjuarai kedua-dua bahagian lelaki dan perempuan.Acara setelah itu diteruskan dengan persembahan nasyid daripada kedua-dua pasukan nasyid sekolah. Setelah itu Majlis tahlil dan Doa Arwah mengambil tempat dan majlis diakhir dengan menikmati jamuan.

No comments:

Post a Comment