Tuesday 21 February 2012

Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H

Selesai sahaja Majlis Perarakan dijalankan, Majlis pada Hari Sabtu (18hb Februari) diteruskan dengan acara Peraduan Azan Subuh Serta Doanya & Membaca Ayat-Ayat Lazim Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 2012H/1433H. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin Rahimin dan seterusnya diikuti dengan ucapan ringkas daripada Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Hjh Siti Rohaya bte Hj Besar.
Majlis diteruskan dengan laungan Azan Subuh oleh 14 orang murid sekolah ini dan setelah itu 8 orang murid perempuan membaca Ayat-Ayat Lazim.
Majlis pada pagi itu diserikan lagi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Alimin Rahimin.
Acara Kuiz Maulud Nabi mengambil tempat setelah selesai ceramah khas dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


Adik Mohd Samir telah menjadi johan dalam Acara Azan Subuh.



Adik Aziah menjuarai bahagian bacaan Ayat-Ayat Lazim.


Perakan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Sekolah 2012

Pada Sabtu yang lalu, 18hb Februari 2012, Sekolah ini telah mengadakan Majlis Perarakan Maulud Nabi Peringkat Sekolah. Majlis ini diadakan pada awal pagi dimulai dengan Zikir Marhaban dan kemudiannya diteruskan dengan perarakan menuju ke simpang masuk sekolah dan berpatah balik ke sekolah.









Monday 20 February 2012

Ceramah daripada Wan Ali bin Hj. Ibrahim

Pada petang Rabu, pihak sekolah telah mengundang seorang Penceramah dari Jabatan Pembangunan Masyarakat Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan iaitu Wan Ali bin Hj. Ibrahim. Guru-guru Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menghadiri ceramah tersebut dari pukul 2 petang hingga 3.30 petang.


Saturday 18 February 2012

Klinik Bola Jaring

Pada Jumat kelmarin, Murid-murid yang menyertai Netball telah mengadakan latihan asas di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Sengkarai. Tenaga pengajar adalah Jabatan Kokurikulum iaitu Cikgu Rosni binti Hj. Yahya dan Cikgu Normah binti Hj. Jumat; dan dua belas orang murid dari majlis sukan sekolah-sekolah.

Murid-murid Sekolah Sengkarai melakukan latihan asas seperti 'warming up,' 'throwing,' 'catching,' dan 'cooling down.'












Tuesday 14 February 2012

Penyerahan Piala Trofi Kejohanan Bolasepak

Kelmarin telah berlangsung acara penyerahan Piala Trofi Kejohanan Bolasepak Peringkat Daerah Tutong I yang berlangsung selepas perbarisan pagi. Pengurus Pasukan Bolasepak Sekolah, Cikgu Zul Ihsan bin Haji Safar telah menyerahkan piala tersebut kepada ketua pasukan bolasepak sekolah Muhd Syafiq Fiqri bin Hj Mahari untuk menyampaikannya kepada Penolong Guru Besar Sekolah ini Cikgu Yakub bin Hj Abd Rahman berserta dengan sijil penyertaan.

Setelah itu PGB Cikgu Yakub menyampaikan sepatah dua kata semengat kepada murid-murid untuk melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam akademik mahupun ECA (Kokurikulum).










Mengemaskinikan Stor Buku

Pada petang Selasa, guru-guru Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai telah mengadakan kempen kebersihan dan mengemaskinikan stor buku..

Monday 13 February 2012

Perlawanan Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menjadi juara Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I pada tahun ini setelah menewaskan SR Binturan 5-3 melalui sepakan Penalti.

Kedua-kedua pasukan seri 3-3 pada masa penuh perlawanan yang menyebabkan perlawanan diteruskan pada masa tambahan. SR PDN Sengkarai hampir sahaja memenangi pada masa tambahan setelah mendahului 4-3 jika tidak gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.


Bergambar beramai-ramai bersama guru besar dan guru pengawas


Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.


Mohd Syafiq Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

Lawatan "Inisiatif Mempromosi Kesihatan"

Pada 9hb Februari yang lalu, sekolah ini telah menerima lawatan dari rombongan Inisiatif Mempromosi Kesihatan yang terdiri dari pegawai-pegawai pendidikan dan Kementerian Kesihatan seramai 15 orang. Antara tujuan lawatan ialah bagi membincangkan perlaksanaan Inisiatif Mempromosi Kesihatan di sekolah ini. Aspek-aspek yang telah disentuh dalam lawatan ini ialah permakanan halal, sihat dan berkhasiat, kebersihan dan keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah (Kantin, Dapur, Bilik Darjah, Tandas, Longkang), kegemukan, tegahan merokok, plan tindakan kecemasan dan hal-hal lain yang berhubung kait dengan perkhidmatan kesihatan sekolah. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.




















Saturday 11 February 2012

Penyerahan Sumbangan (Wakaf) Untuk Pasukan Bolasepak Sekolah

Pada pagi tadi (11hb Februari)sekolah ini telah menerima barangan sekolah berupa stokin, glove penjaga gol dan baju penjaga gol untuk pasukan bolasepak yang telah diwakafkan oleh bekas guru sekolah ini Cikgu Hajah Aminah binti Mohammad.
Barangan wakaf ini telah disampaikan oleh anaknya yang juga bersekolah di sekolah ini iaitu Dayang Amirah. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kesudian beliau mewakafkan barangan sukan tersebut. Dengan wakaf barangan tersebut bolehlah pasukan bolasepak sekolah menggunakannya untuk perlawanan akhir pada petang nanti.









Thursday 9 February 2012

Kempen Kebersihan

Sekolah ini telah mengadakan Kempen Kebersihan pada 4hb Februari 2012. salah satu sebab diadakan kempen kebersihan ini ialah sejak kebelakangani ini terdapat bau yang kurang menyenangkan yang berpunca daripada longkang yang tersumbat. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan daripada pihak Bomba Tutong yang menyediakan Pump Air untuk membersihkan kawasan sekolah. Pihak Sekolah juga telah menjemput ahli PIBG sekolah untuk sama-sama menjayakan kempen kebersihan sekolah ini.


>







Saturday 4 February 2012

Perlawanan Separuh Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaring 4-1 pada 2hb Februari yang lalu. Mohd Syafiq Fiqri telah menghasilkan Hatrik pada perlawan tersebut and Mohd Amzar Azman bin Zaini berjaya menjaring pertamanya dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan lain SR Binturan menewaskan SR Penanjong dengan jaringan 3-2. Perlawanan Akhir akan diadakan pada 11hb Februari 2012, bermula pukul 3.30 petang.

Wednesday 1 February 2012

Perlawanan Suku Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Selasa, 31hb Januari Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam SR Bukit Panggal dengan jaringan 7-3. Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahali telah menjaring 4 gol pada hari tersebut. Mohd Syafiq Fiqri pula berjaya menjaringkan 2 gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Muhd Faezuandi bin Brahim.
Dalam Perlawanan Separuh Akhir nanti sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan Sekolah Rendah Kiudang yang juga mara ke Separuh akhir setelah membelasah SR Keriam 9-1.