Thursday, 13 September 2012

Lawatan memantau Kaedah gabungan bunyi kata

Pada Isnin lepas, Prof. Emeritus Dato Isahak Haron serta guru-guru SPN 21 datang untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Pg. Dipa Negara Pg. Jaya Sengkarai, Tutong 1, untuk memantau program KGBK (Kaedah Gabungan Bunyi Kata) bagi rendah bawah. Program ini adalah program pengajaran-pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayu, bertujuan untuk memastikan murid Tahap I di peringkat sekolah rendah dapat membaca dan menulis Bahasa Melayu, selaras dengan dasar dan hasrat kementerian. Pendekatan KGBK yang digunakan adalah Kaedah Fonik dan Kaedah Seluruh Perkataan. Antara yang turut hadir pada hari tersebut ialah PPKD Tutong I, Ckg. Hj Suhaili bin Jaafar, Hjh. Masni binti Duraman dan Ckg, Zulkefli bin Hj. Ahmad.












No comments:

Post a Comment