Monday 30 May 2011

Penerimaan Thunderfoot Badge

22hb Mei 2011, Ahad: Seramai 7 orang Tunas Puteri Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menerima lencana Keahliaan Pandu Puteri Brunei Darussalam. Penyampaian lencana iNi telah diadakan di Sekolah Rendah Rimba II.

Taklimat Dari HSBC -Money 101

16 Mei 2011, Wakil dari HSBC telah mengadakan satu taklimat kepada murid-murid Tahun 5 sekolah ini. Taklimat yang bertujuan untuk mendidik murid-murid cara-cara mengatur kewangan yang baik dan berjimat.


Monday 16 May 2011

Lawatan Ke Pusat Mempromosi Kesihatan

Pada 7hb Mei 2011 yang lalu Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 dari sekolah ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan di jalan Commonwealth, Berakas. Di sana mereka telah diberi pemeriksaan gigi. Kemudian mereka diberi tunjukcara mencuci tangan dengan betul.


Taklimat Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran

14 Mei, Sabtu: Pihak ini telah menjemput Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk mengadakan sesi ceramah dan demonstrasi memadam kebakaran. Majli bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi ceramah dan seterus demonstrasi memadamkan kebakaran yang diadakan di kawasan lapang hadapan sekolah.

Pemeriksaan Alat Pemadam Api

Pada 3hb Mei lalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tutong telah memeriksa alat pemadam api sekolah ini. ini adalah untuk memastikan alat pemadam api tersebut berfungsi dan juga memastikan alat pemadam api yang lama yang masih boleh digunakan. Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat juga telah memeriksa Sistem Keselamatan Kebakaran berfungsi dengan baik.

Staff Development - First Aids

Pada 11hb Mei 2011, juga telah diadakan staff development mengenai Fisrt Aids. ia merupakan sambungan dari Staff Development hari sebelumnya.

Staff Development - CPR

Tajuk Pembentangan Perkembangan Staff pada 10hb Mei 2011 yang lalu adalah Mengenai CPR. CPR adalah singkat bagi Cardio Pulmonary Resuscitation. CPR adalah gabungan Khidmat Pertolongan Cemas Pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Ia adalah satu tindakan awalan bagi mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada dan bantuan hembusan pernafasan. Sesi pembentangan pada kali ini disampaikan oleh Cikgu Norfaiza dan Cikgu Husaimi.


Penyampaian Sumbangan Derma Ikhlas

Penyampaian sumbangan derma ikhlas daripada Warga sekolah kepada Dk Syamina Binti Pg Roslan, atas kembalinya ke rahmatullah Ibunya Dyg Juliana binti Bahrom; pada 6 hb Mei, 2011 yang lalu.

Sumbangan derma di sampaikan oleh Guru Besar, Cg Hjh Siti Rohaya Binti Hj Besar pada hari Sabtu 14 hb Mei, 2011.



Tuesday 10 May 2011

Lawatan Ke Pusat Mempromosi Kesihatan

3hb Mei, Selasa Sebagai salah satu kegiatan 'Staff Development' guru-guru Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai mengadakan lawatan ke Pusat Mempromosi Kesihatan pada 3hb Mei lalu yang diadakan di sebelah petang.

Pertandingan Hafazan Ayat-Ayat Lazim & Azan Subuh Peringkat Saringan Daerah Tutong

Isnin, 9hb Mei: Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Hafazan Ayat-Ayat Lazim & Azan Subuh Peringkat Saringan Daerah Tutong 2011. Wakil Sekolah Adik Nazirul Amin bin Muhaimin telah berjaya menduduki tempat ketiga bagi Pertandingan Azan Subuh.

Penyampaian Pingat Bagi Kejohanan Futsal

9hb Mei, Isnin: Pasukan Futsal Sekolah yang menjadi Naib Juara dalam Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Tutong I telah diraikan semasa perbarisan pagi sekolah. Guru Besar Sekolah ini telah menyampaikan pingat-pingat kepada pemain futsal sekolah. Guru Bedar sekolaj ini juga mengingatkan kepada semua murid-murid supaya menunjukan kecemerlangan dalam pelajaran dan juga dalam sukan.

Perlawanan Akhir Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

Sabtu, 7hb Mei: Pasukan Futsal Sekolah ini akur sebagai naib juara setelah tewas 2-3 di tangan Sekolah Rendah Sinaut dalam perlawanan yang penuh dramatik.
Pada Pusingan Suku Akhir Sekolah ini menang tipis 1-0 ketika menentang Sekolah Rendah Batang Mitus. Pada Peringkat Separuh Akhir pasukan Futsal sekolah berjaya menewaskan Pasukan Futsal dari Sekolah Rendah Keriam dengan jaringan 2-0.

Taklimat Khas Dari Biro Kawalan Narkotik

3hb Mei, Isnin: Murid-murid dari Tahun 6 Sekolah ini dan Sekolah PM Mahkota Kuala Tutong telah mendengar Taklimat Khas dari Biro Kawalan Narkotik. Dalam taklimat murid-murid diterangkan mengenai bahayanya dadah dan bahan-bahan terlarang.

Kejohanan Futsal Peringkat Kumpulan

4hb Mei, Rabu: Pasukan Futsal Sekolah Rendah PDN Pj Sengkarai berjaya melayakkan diri ke perlawanan suku akhir setelah menduduki tempat teratas Kumpulan C dalam Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Tutong 1. Dalam Kumpulan C Sekolah ini menewaskan SR Muda Hashim dengan jaringan 1-0. Dalam perlawanan kedua pula sekolah ini mengalahkan SR Kiudang dengan jaringan 3-0. Manakala itu pertemuan di antara SR Muda Hashim dengan SR Kiudang berkesudahan seri 1-1.

Monday 2 May 2011

Perasmian Bulan Sains

Pada 30hb April yang lalu telah berlangsung perasmian Bulan Sains. Bulan Sains mengambil tempat pada bulan Mei setelah Bulan Bahasa Inggeris (April) telah ditutup. Bulan Sains dirasmikan oleh Penolong Guru Besar Cikgu Yakub bin Abd Rahman. Di hari tersebut telah diadakan aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan mata pelajaran sains.

Penutup Bulan Bahasa Inggeris 2011

Pada 30hb April yang lalu merupakan hari penutup Bulan Bahasa Inggeris Sekolah SR PDN PJ Sengkarai. Pada hari tersebut murid-murid telah membuat akktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh guru-guru. Penyampaian hadiah bagi murid-murid yang melakukan kerja mereka dengan baik telah disampaikan oleh Penolong Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Yakub bin Hj Abd Rahman. Dengan tertutupnya Bulan Bahasa Inggeris maka Bulan Sains mengambil alih.

Rutin Pemeriksaan Kebersihan Murid

Sempena Program Sekolah Mempromosi Kesihatan(SMK) pada hari Khamis lalu sekolah ini mengadakan permeriksaan kebersihan murid-murid yang dilakukan pada awal pagi. Murid-murid diperiksa dari segi kekemasan & kebersihan pakaian mereka. Murid-murid juga diperiksa kebersihan kuku mereka, bagi yang mempunyai kuku yang panjang atau kotor mereka dinasihati untuk memotong kuku mereka dan mencuci tangan dengan sabun.