Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Separuh Akhir

Pada 5 hb Mac yang lepas telah berlangsung perlawanan Separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I.  Pasukan Bolasepak sekolah ini gagal melangkah ke perlawanan akhir setelah tewas kepada SR Binturan dengan sepakan penalti 0-2, kedua-dua pasukan terikat 1-1 di dalam masa sebenar. Dalam perlawanan yang terdahulu Pasukan Bolasepak sekolah ini telah menewaskan SR Muda Hasyim dengan tendangan penalti 6-5 setelah kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam perlawanan tersebut.

Pasukan bolasepak SR Sinaut telah menjuarai kejohanan ini setelah mewaskan SR Binturan 2-1 dalam masa tambahan setelah seri 1-1.

Thursday, 28 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Perlawanan Separuh Akhir

Pasukan Bola Jaring SR PDN PJ Sengkarai menduduki tempat ketiga bersama-sama SR Birau setelah tewas kepada SR Bukit Panggal dalam Peringkat Separuh Akhir dengan jaringan 3-6. Dalam Peringkat Akhir pula SR Lamunin ditabalkan sebagai juara setelah menewaskan SR Bukit Panggal dengan keputusan tipis.

Wednesday, 27 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Peringkat Suku Akhir

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I diteruskan lagi pagi tadi dengan 4 perlawanan suku akhir SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaringan 4-3. Lain-lain perlawanan pagi tadi:

SR Bukit Panggal 5-3 SR Sinaut
SR Birau 6-0 SR Pg Muda Mahkota
SR Lamunin 5-2 SR Tutong Kem
                                          







Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Pusingan Awal

Pada petang kelmarin berlangsung Pusingan Awal Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I, Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya melangkah ke pusingan suku akhir setelah membelasah SR Tutong Kem dengan jaringan 5-1. Mohd Hakeem Tarmuji menjadi pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan 4 gol dalam perlawanan tersebut. Dalam perlawanan suku akhir nanti SR PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan SR Muda Hashim pada 2hb Mac 2013 pada sebelah pagi.

















Tuesday, 26 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong I - Peringkat Kumpulan

Pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan suku akhir setelah berjaya menjuarai Kumpulan C. Dalam perlawanan pertama pagi tadi SR PDN PJ Sengkarai menewaskan SR Binturan dengan jaringan tipis 1-0, manakala perlawanan kedua pula Sekolah ini telah menewaskan SR PM Mahkota, Kuala Tutong dengan jaringan 5-2 dan dalam perlawanan terakhir SR PDN PJ Sengkarai menewaskan SR Batang Mitus dengan jaringan 5-0. Dalam perlawanan suku akhir esok SR PDN PJ Sengkarai akan menentang SR Kiudang.

Monday, 23 July 2012

Persembahan Lagu-Lagu Dakwah Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong

15hb Julai 2012 (Ahad), Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai pertandingan lagu-lagu dakwah peringkat sekolah rendah Daerah Tutong dalam bahagian lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan sekolah  ini mempersembahkan lagu mereka dengan baik sekali dan dengan gaya yang menarik.




Monday, 7 May 2012

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Bagi Tahun 2012 yang telah berlangsung pada 5hb Mei yang lalu. Dalam Perlawanan Akhir tersebut Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menewaskan Sekolah Rendah Birau dengan jaringan 3-0. Mohd Syafiq Fikri bin Hj Mahri telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan ini. Dalam Peringkat Kumpulan Sekolah ini telah berjaya menewaskan SR Muda Hashim 4-3 dan SR Bakiau 5-1 tetapi tewas ketika menentang SR Batang Mitus 1-2. Di peringkat suku akhir pula SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan SR Penanjong dengan jaringan tipis 1-0. Di Peringkat Separuh Akhir SR PDN PJ Sengkarai berjaya menewaskan Juara Bertahan SR Sinaut dengan jaringan 1-0.

Saturday, 28 April 2012

Spelling Bee Competition 2012, Tutong 1

Pada 21hb April 2012 telah berlangsung Pertandingan 'Spelling Bee' 2012 Sekolah Rendah Tutong 1 dan salah seorang wakil sekolah ini, Mohd Amirul Amin bin Rosli telah berjaya menjuarai pertandingan ini.

Tuesday, 24 April 2012

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Sekolah Rendah Tutong I

Pada 17hb April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah bagi Tutong 1, yang diadakan di Kompleks Sukan Tutong. Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menduduki tempat ketiga setelah tewas di Perlawanan Separuh Akhir menentang SR Birau. Kejohanan ini telah dijuarai oleh SR Kg Menengah setelah berjaya menewaskan SR Birau.

Saturday, 18 February 2012

Klinik Bola Jaring

Pada Jumat kelmarin, Murid-murid yang menyertai Netball telah mengadakan latihan asas di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Sengkarai. Tenaga pengajar adalah Jabatan Kokurikulum iaitu Cikgu Rosni binti Hj. Yahya dan Cikgu Normah binti Hj. Jumat; dan dua belas orang murid dari majlis sukan sekolah-sekolah.

Murid-murid Sekolah Sengkarai melakukan latihan asas seperti 'warming up,' 'throwing,' 'catching,' dan 'cooling down.'












Monday, 13 February 2012

Perlawanan Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menjadi juara Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I pada tahun ini setelah menewaskan SR Binturan 5-3 melalui sepakan Penalti.

Kedua-kedua pasukan seri 3-3 pada masa penuh perlawanan yang menyebabkan perlawanan diteruskan pada masa tambahan. SR PDN Sengkarai hampir sahaja memenangi pada masa tambahan setelah mendahului 4-3 jika tidak gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.


Bergambar beramai-ramai bersama guru besar dan guru pengawas


Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.


Mohd Syafiq Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

Saturday, 4 February 2012

Perlawanan Separuh Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaring 4-1 pada 2hb Februari yang lalu. Mohd Syafiq Fiqri telah menghasilkan Hatrik pada perlawan tersebut and Mohd Amzar Azman bin Zaini berjaya menjaring pertamanya dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan lain SR Binturan menewaskan SR Penanjong dengan jaringan 3-2. Perlawanan Akhir akan diadakan pada 11hb Februari 2012, bermula pukul 3.30 petang.

Wednesday, 1 February 2012

Perlawanan Suku Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Selasa, 31hb Januari Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam SR Bukit Panggal dengan jaringan 7-3. Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahali telah menjaring 4 gol pada hari tersebut. Mohd Syafiq Fiqri pula berjaya menjaringkan 2 gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Muhd Faezuandi bin Brahim.
Dalam Perlawanan Separuh Akhir nanti sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan Sekolah Rendah Kiudang yang juga mara ke Separuh akhir setelah membelasah SR Keriam 9-1.






Monday, 30 January 2012

Perlawanan Pusingan Awal Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Pada 28hb Januari yang lalu telah berlangsung Perlawanan Bolasepak Pusingan Awal di antara SR PDN PJ Sengkarai menentang SR Tutong Kem. Pada Perlawanan tersebut SR PDN Sengkarai berjaya menewaskan SR Tutong Kem dengan jaringan 4-3. Mohd Syafiq Fiqri telah berjaya menjaringkan 3 gol untuk sekolah ini and satu lagi gol dijaringkan oleh Mohd Faezuandi bin Brahim. Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 31hb Januari 2012 yang mana sekolah ini akan bertemu dengan SR Bukit Panggal.

Tuesday, 10 May 2011

Pertandingan Hafazan Ayat-Ayat Lazim & Azan Subuh Peringkat Saringan Daerah Tutong

Isnin, 9hb Mei: Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Hafazan Ayat-Ayat Lazim & Azan Subuh Peringkat Saringan Daerah Tutong 2011. Wakil Sekolah Adik Nazirul Amin bin Muhaimin telah berjaya menduduki tempat ketiga bagi Pertandingan Azan Subuh.

Perlawanan Akhir Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

Sabtu, 7hb Mei: Pasukan Futsal Sekolah ini akur sebagai naib juara setelah tewas 2-3 di tangan Sekolah Rendah Sinaut dalam perlawanan yang penuh dramatik.
Pada Pusingan Suku Akhir Sekolah ini menang tipis 1-0 ketika menentang Sekolah Rendah Batang Mitus. Pada Peringkat Separuh Akhir pasukan Futsal sekolah berjaya menewaskan Pasukan Futsal dari Sekolah Rendah Keriam dengan jaringan 2-0.

Kejohanan Futsal Peringkat Kumpulan

4hb Mei, Rabu: Pasukan Futsal Sekolah Rendah PDN Pj Sengkarai berjaya melayakkan diri ke perlawanan suku akhir setelah menduduki tempat teratas Kumpulan C dalam Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Tutong 1. Dalam Kumpulan C Sekolah ini menewaskan SR Muda Hashim dengan jaringan 1-0. Dalam perlawanan kedua pula sekolah ini mengalahkan SR Kiudang dengan jaringan 3-0. Manakala itu pertemuan di antara SR Muda Hashim dengan SR Kiudang berkesudahan seri 1-1.

Saturday, 30 April 2011

Perlawanan Akhir Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

28 April, Khamis: Pasukan Sepak Takraw sekolah ini gagal mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila tewas kepada Sekolah Rendah Kampong Menengah dalam rubber set. Walaupun pada mula pasukan Sepak Takraw Sekolah bermain dengan baik pada set pertama, Set kedua bermula dengan buruk sekali banyak kecuaian dan kesilapan menyebabkan pasukan sekolah pada set kedua dan kalah pada set penentuan. Walaupun tewas Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah berjaya hinga ke peringkat akhir. Tahniah!