Wednesday 23 February 2011

Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I 2011

Sabtu, 22hb Februari Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan akhir setelah membenam SR Bukit Panggal dengan jaringan 6-2. Mohd Sazwi sekali lagi menjadi pemain terbaik setelah berjaya menjaringkan 2 gol. Pada perlawanan akhir nanti SR PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan SR Muda Hasyim yang juga layak setelah membelasah SR Keriam 4-1. Perlawanan akhir akan diadakan pada hari Sabtu, 26hb Februari 2011 bertempat di Padang Sekolah Rendah Penanjong dan perlawanan akan bermula pada pukul 3.30 ptg.

Penjaring Gol-
Muhd Sazwi (2 gol)
Mohd Nazmenizam, Muhd Syafiq Fiqri, Mohd Izam, Md Shafwan Hafizul (1 gol)



Majlis Membaca Surah Yassin bersempena Hari Kebangsaan Yang ke-27

Selasa, 22hb Februari Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27. Majlis diadakan di Dewan Dipa Negara, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai.
Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Alimin bin Rahimin dan setelah itu diikuti dengan bacaan doa selamat.










Monday 21 February 2011

Perlawanan Bolasepak Pusingan Kedua

Perlawanan pusingan kedua kejohanan bolasepak sekolah-sekolah Rendah Tutong I, dilansungkan pada 19hb Februari yang lalu, Dua perlawanan diadakan, perlawanan pertama di antara SR Bukit Panggal menentang SR Binturan yang berkesudahan SR Bukit Panggal menewaskan SR Binturan 3-2. Perlawanan kedua adalah di antara SR PDN PJ Sengkarai menentang SR Lamunin. SR PDN PJ Sengkarai menguasai perlawanan dari awal sehingga wisel penamat. Di separuh masa pertama SR PDN PJ Sengkarai mendahului SR Lamunin dengan jaringan 4-0. Perlawanan berakhir dengan jaringan SR PDN PJ Sengkarai 7-0 dan Mohd Sazwi bin Muhd Kamarul Hazim dipilih sebagai pemain terbaik sekolah setelah menjaringkan 3 gol.


Penjaring Gol-
Muhd Sazwi (3 gol)
Mohd Nazmenizam (2 gol)
Md Shafwan Hafizul, Mohd Fakri (1 gol)






Acara Perarakan Maulud Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam & Ceramah Agama 1432H/2011M

Pada 19hb februari yang lalu telah diadakan Acara Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam dan Ceramah Agama 1432H/2011M. Acara Perakan dijalan pada awal pagi iaitu pada pukul 7.30 pagi. Perarakan dimula di kawasan lapang letak kereta menuju ke persimpangan sekolah dan berpatah balik menuju ke kawasan lapang letak kereta.

Pada Pukul 9.00 pagi pula acara diteruskan dengan ceramah Agama sempena Maulud Nabi. Tetamu terhormat pada majlis tersebut ialah Cikgu Haji Shuani bin Haji Kadir, PMK PPDT/PPKD Tutong I. Ceramah Agama ini disampaikan oleh Imam Masjid Kg Tanjong Maya, Tuan Imam Haji Nuin bin Haji Hassan dengan tajuk ceramah " Makhlus Halus/Jin & Cara Mengatasinya" . Di akhir ceramah diadakan sesi soal jawab yang menarik minat tertamu kehormat majlis untuk menyoal satu soalan kepada penceramah majlis tersebut. Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi dan diteruskan dengan majlis jamuan makan.















Wednesday 16 February 2011

Majlis Pengagihan Bendera & Majlis Berzikir

Isnin,14hb Februari 2011 telah diadakan Majlis Pengagihan Bendera & Majlis Berzikir sempena maulud Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam peringkat sekolah. Majlis Pengagihan bendera kecil diadakan pada awal pagi semasa perbarisan pagi dan selesai pada pukul 9 pagi dan kemudiannya disambung dengan Majlis Berzikir pada pukul 10.30 pagi.


















Tuesday 15 February 2011

Perlawanan Bolasepak Pusingan Awal



Pada 14 hb yang lalu Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan sekolah Rendah Tutong Kem dengan jaringan 5-2. Perlawanan begitu sengit pada separuh masa pertama dengan kedua-kedua pasukan melakukan serangan merbahaya. setelah wisel separuh masa ditiupkan kedudukan adalah SR PDN PJ Sengkarai mendahului SR Tutong Kem dengan jaringan 2-1.
Permainan mula berubah pada separuh masa kedua bila mana SR PDN PJ Sengkarai lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus dan kedudukan akhir berpihak dengan SR PDN PJ Sengkarai.
Pemain terbaik pada perlawanan ini adalah Mohd Sazwi.

Penjaring gol -
Md Sazwi, Mohd Nazmenizam, Md Nasiruddin, Muhd Shafiq Fikri, Mohd Fakri (1 gol)