Tuesday 7 June 2011

Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Rendah Maridian, Singapura

Pada 1hb Jun yang lalu, sekolah ini telah dilawati oleh satu rombongan dari Sekolah Rendah Maridian,Singapura. setibanya rombongan tersebut di kawasan lapang hadapan sekolah, mereka dimeriahkan dengan pukulan hadrah dari murid-murid sekolah ini dan taburan bunga rampai.


Setelah itu rombongan tersebut mengadakan sesi bergambar ramai dengan guru-guru dari sekolah ini dan AJK PIBG sekolah.


Kemudian rombongan dari Sekolah Rendah Maridian Singapura ini dibawa ke bilik Persidangan untuk mendengar taklimat dari Guru Besar sekolah ini, Cikgu Hajah Siti Rohaya binti Haji Besar.


Setelah itu mereka diberikan jamuan ringkas dan kemudian murid-murid dari SR Maridian juga telah menandatangani "Welcome Banner".


Kemudian Rombongan ini dibawa melihat pengajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa orang murid dari Sekolah Rendah Maridan juga telah mencuba menulis dalam tulisan jawi.


Setelah itu mereka dibawa ke Bilik Perpustakaan untuk melakukan berberapa aktiviti yang telah disediakan. Di bilik Perpustakaan mereka telah diperlihatkan cara membuat bunga rampai dan tudung saji.



Kemudian mereka melihat persembahan 'Pak Saloi' dari murid-murid Tahun 4. Mereka juga turut serta membuat beberapa aktiviti seperti mewarna, mencari perkataan dan sebagainya.



Kemudiannya Mereka dibawa ke Dewan Dipa Negara untuk meyaksikan Pameran Tradisi dan Persembahan Pentas.



Acara terakhir lawatan tersebut adalah Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Sekolah Rendah Maridian dengan Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai. yang berkesudahan SRMaridian menewaskan SR PDN PJ Sengkarai 2-1.



Slide Show Lawatan Sambil Belajar Sr Maridian Singapura:

No comments:

Post a Comment