Monday 25 April 2011

Tamat Latihan Mengajar


Hari Sabtu lalu iaitu 23 April merupakan hari terakhir bagi Cikgu Hjh Roudhahtul Qiyah Hj Isa berada di sekolah ini. Cikgu Hjh Roudhahtul telah menamatkan latihan mengajarnya selama 14 minggu di sekolah ini. Selama berada di sekolah ini beliau bergiat aktif dalam kelab pengakap tunas dan juga menjadi jurugambar sekolah ini.
Ribuan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada salah seorang lagi guru latihan mengajar yang telah menamatkan latihannya lebih awal iaitu cikgu Rabiatul Adawiyah. Beliau juga aktif memberi sumbangannya kepada pihak sekolah.
Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan mereka kepada pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment