Tuesday 26 April 2011

Pasukan Sepak Takraw Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai Mara Ke Perlawanan Akhir

25 April,Isnin: Pasukan Sepak Takraw Sekolah ini berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1. Pada Perlawan pertama sekolah ini telah berjaya menewaskan Sekolah Rendah Birau. Pada perlawanan seterus pasukan sekolah telah berjaya mengalahkan Sekolah Chung Hwa Kiudang. Pada Peringkat Separuh Akhir Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai bertemu dengan Sekolah Rendah Lamunin. Dalam Peringkat Separuh AKhir Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir setelah menewaskan Sekolah Rendah Lamunin dengan Straight Set 21-18, 21-16.
Pada Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 28hb April 2011 ini nanti kita akan menyaksikan perlawanan yang dijangka hebat untuk menentukan siapa yang menjadi juara di antara Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai dengan Sekolah Rendah Kampong Menengah.
Perlawanan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.
Pihak Sekolah berharap pasukan Sepak Takraw sekolah ini akan dapat mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut-turut.


No comments:

Post a Comment