Thursday, 21 April 2011

English Thinking Hat 2

English Thinking Hat 20th April 2011.


Saturday, 16 April 2011

Aktiviti-Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris

Bagi menghidupkan Bulan Bahasa Inggeris pada tahun ini, Pada setiap hari Selasa dijalankan Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris bagi semua peringkat. Aktivti bagi Peringkat Rendah Bawah adalah berbeza pada setiap minggu dan Bahagian Rendah ini diketuai oleh Cikgu Azeematul. Di antara aktiviti-aktiviti bagi rendah bawah adalah seperti "Spelling Bee", "Phonic Spelling", "Anagram", "Vocabulary", "Build A Sentence", "Word Search Puzzle", "Puzzles", "Jumble Words" & "Buddy reading".
Manakala Bahagian Rendah Atas pula menjalankan Aktiviti "Thinking Hat" yang diketuai oleh Cikgu Shane Ross.



Aktiviti Rendah Bawah



Aktiviti Rendah Atas

Latihan Kelab Catur Bagi Menghadapi Pertandingan Catur Peringkat Sekolah Rendah Tutong

Latihan diadakan pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. 6 orang murid yang mewakili sekolah ini dibimbing oleh guru-guru yang berkebolehan dan mereka diajarkan peraturan-peraturan permainan.

Thursday, 14 April 2011

Latihan Koir Bagi Peraduan Mari Bercerita

Pada 9hb April lalu, Kelab Koir Sekolah telah memulakan latihan Persembahan Koir Bagi Peraduan Mari Bercerita. Murid-murid yang dipilih bagi mengikuti Persembahan Koir ini adalah daripada murid-murid Tahun 5.

Latihan Persembahan Peraduan Mari Bercerita

Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai menjadi tuan rumah bagi Peraduan Mari bercerita Peringkat Daerah Tutong yang akan diadakan pada 21hb April 2011. Sebagai penyeri pada acara itu nanti Kelab Drama & Lakonan membuat 2 lakonan pendek dan mereka begitu sibuk membuat persediaan lakonan pendek untuk acara tersebut. Lakonan Muzikal "Aci-aci Buka Pintu" menjadi pilihan pertama dan satu lagi masih dalam perancangan.


Persediaan Lakonan Muzikal " Aci-Aci Buka Pintu"

Monday, 11 April 2011

Perjumpaan Kelab Pengakap Tunas Kali Pertama 2011

Pada 9hb April lalu, Kelab Pengakap Tunas Sekolah telah mengadakan perjumpaan yang pertama kalinya. Cikgu Husaimi diberi tanggungjawab untuk menghidupkan semula Kelab Pengakap Tunas setelah guru yang terdahulu telah melanjutkan pelajaran ke UBD.


Aktiviti Semasa Rehat

Aktiviti ini dijalankan pada 9hb April bersempena "English Month".

Perjumpaan PIBG Sesi Tahun 2011 dan 2012

Pada Hari Jumaat(8hb April 2011) telah diadakan Perjumpaan PIBG Sesi Tahun 2011-2012. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah yang diketuai oleh Ustaz Alimin Rahimin dan kemudiannya diteruskan dengan sedikit penerangan Profil Sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Siti Rohaya bte Hj Besar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembubaran AJK PIBG Sesi Tahun 2010-2011 dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru. Di akhir perjumpaan guru-guru beserta ibu bapa serta penjaga murid menikmati jamuan yang disediakan dan setelah diadakan sesi bergambar ramai.

Thursday, 7 April 2011

Lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa

Pada 4hb April 2011 yang lalu, murid-murid Rendah Atas telah mengadakan lawatan Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa yang diadakan di Darulifta.

Monday, 4 April 2011

Perasmian Bulan Bahasa Inggeris

Setelah rasminya ditutup Bulan Matematik pada 2hb April yang lalu maka dengan rasminya Bulan Bahasa Inggeris bermula. Bulan Bahasa Inggeris dirasmikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah ini, Cikgu Yakub bin Hj Abdul Rahman dan pada hari perasmian tersebut berbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi murid-murid sekolah ini.

Penutup Bulan Maths 2011

Penutp Bulan Maths diadakan pada 2hb April yang lalu. Acara dimulakan dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang melakukan Projek 'Cuti-Cuti Maths' mereka cemerlang. Setelah itu murid-murid mengikuti aktiviti-aktiviti mengikut kelas masing-masing yang telah disediakan oleh guru-guru yang telah ditugaskan. Selain itu juga pameran hasil kerja murid juga turut dipamerkan.

Saturday, 12 March 2011

Majlis Pembentangan Bagi Persiapan PSR 2011

Pada Hari Rabu yang lalu, telah berlangsung Sesi Pembentangan Bagi Persiapan PSR 2011 bagi sekolah-sekolah Rendah zon Tutong I. Sesi pembentangan ini diadakan di Bilik Persidangan Sekolah ini.Sebanyak 16 orang guru-guru mewakili sekolah masing-masing menyampaikan pembentangan mereka. Wakil Sekolah ini Cikgu Hartini Bte Saniah memulakan pembentangan dengan jelas dan penuh keyakinan.

Taklimat & Undian Pertandingan Azan Subuh Dan Hafazan Al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah

Pagi tadi diadakan Taklimat dan Undian Pertandingan Azan Subuh Dan Hafazan Al-Quran Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong. Taklimat tersebut diadakan di Bilik Persidangan SR PDN PJ Sengkarai. Taklimat pagitadi dihadiri oleh ketua-ketua guru ugama sekolah-sekolah Rendah Tutong I.

Aktiviti Senam Aerobik

Setiap hari Sabtu, Sekolah ini mengadakan aktiviti senam aerobik sebelum murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti lain. Paa pagi ini aktiviti senam aerobik diketuai oleh Cikgu Mohd Eddy Abdullah. Aktiviti ini berjalan selama 15 minit sebelum murid-murid mengikut kelab masing-masing.

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Sebagai persediaan pasukan Bola Jaring Sekolah ini, pagi tadi pasukan bola jaring sekolah telah mengadakan perlawanan bola jaring menentang pasukan Bolasepak Sekolah. Walaupun ini kali pertama mereka bermain bola jaring, kelebihan berpihak kepada pasukan lelaki yang rata-rata memiliki fizikal yang tinggi.
Walau bagaimanapun Pasukan bola jaring sekolah bermain dengan baik walaupun tewas 2-6. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan bola jaring sekolah untuk memberi saingan kepada pasukan sekolah lain nanti.

Wednesday, 9 March 2011

Latihan Bola Jaring

Pasukan Bola Jaring SR PDN PJ Sengkarai sedang giat menjalani latihan Bola Jaring pada setiap hari kecuali Hari Khamis. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Hjh Aminah, Cikgu Suhardah dan juga Cikgu Hjh Zuriah. Semoga pasukan bola jaring sekolah berjaya dalam perlawanan mereka nanti dan mengharumkan nama sekolah ini.

Latihan Badminton sebelum pertandingan akhir

Seorang murid sekolah ini berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Badminton Sekolah-sekolah Rendah Tutong I,dalam acara perseorangan yang akan diadakan pada pagi ini. Pada awal pagi tadi murid ini menjalani sedikit latihan dan menerima kata-kata semangat daripada Guru Besar, Penolong Guru besar dan Guru Pengawas. Pihak Sekolah mendoakan semoga Adik Mohd Izam berjaya dalam pertandingan ini nanti.

Monday, 7 March 2011

Lawatan ke Pesta Buku 2011

Pada Hari Sabtu yang lalu (5hb Mac 2011) sekolah ini mengadakan lawatan Ke Pesta Buku 2011 yang diadakan di ICC Berakas, Murid-murid Tahun 3 & 4 telah dipilih untuk mengikuti lawatan tersebut.

Thursday, 3 March 2011

Bulan Mathematics 2011

Pada hari Rabu kelmarin (2hb Mac 2011) adalah perasmian Bulan Mathematic bagi sekolah ini. Majlis diadakan di dewan Dipa Negara dan dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah PDN PJ Sengkarai Cikgu Hajah Siti Rohaya bte Hj Besar. Pada pagi tersebut murid-murid menghafal sifir 1 hingga 12 beramai-ramai. Banyak aktiviti-aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Mac bagi merangsang minat murid-murid kepada Matematik.


'Face Painting' Semasa Acara Walkation & Jualan Amal Sempena Hari Kebangsaan ke-27

Sudut 'Face Painting' adalah sudut yang mendapat sambutan hangat semasa Acara Walkaton & Jualan Amal Sempena Hari Kebangsaan yang lalu. Ramai murid-murid menunggu giliran mereka untuk dilukis muka mereka.

Wednesday, 2 March 2011

ICT Useful Link

I had found a website that i think useful for ICT teacher out there. There some good info and you also can download worksheets (pdf format) from this website

Worksheet samples:






ICT Activity For Year 4S

These are some of the drawing made by Year 4S of our school. They were told to draw an image of 'mountains scenery' using GIMP Program. They also told to use only 'Paintbrush' Tool from the toolbox window though they may use 'Fill Bucket' Tool.

Tuesday, 1 March 2011

Lawatan Ke Muzium Brunei & Makan Sultan Bolkiah

Pada hari Isnin yang lepas, murid-murid Tahun 5 sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Brunei dan Makam Sultan Bolkiah. 4 orang guru sekolah ini juga turut serta dan mengawasi murid-murid semasa lawatan tersebut. Murid-murid diminta untuk mencatat perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelajaran semasa lawatan tersebut untuk dibincangkan di sekolah nanti.

Perlawanan Akhir Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I

Hasrat pasukan bola sepak SR PDN PJ Sengkarai untuk menjulang piala buat pertama kalinya tidak menjadi kenyataan apabila pasukan sekolah ini tewas dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Pasukan Sekolah ini tewas di tangan Pasukan Bola Sepak SR Muda Hasyim dengan jaringan 4-6. Perlawanan pada hari tersebut diibaratkan buku bertemu ruas kerana sebelum ini pasukan sekolah ini membelasah pasukan-pasukan lain dalam laluan mereka ke peringkat akhir. Perlawanan akhir ini juga merupakan perlawanan yang menghasilkan jaringan terbesar dalam kejohanan ini. Perlawanan akhir tersebut adalah antara perlawanan yang menarik dalam kejohanan ini, kedua-dua pasukan menyerang bertali arus dan kedua-dua penjaga gol berkerja keras untuk menyelamatkan gawang masing-masing. 3 jaringan sendiri juga tercipta, dua daripadanya dari pasukan sekolah ini. Pada Separuh masa pertama kedudukan kedua-dua pasukan terikat 3-3.


Penjaga gol Sekolah Veron memandang geram pemain pertahanan yang menjaringkan gol sendiri




Saat-saat gol kedua SR Muda Hasyim bermula dari tendangan percuma







Di antara aksi-aksi dalam perlawanan akhir tersebut


Di antara penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang hadir



Kedua-dua pasukan bersalaman setelah tamat perlawanan


Bergambar beramai-ramai bersama Guru Besar Sekolah PDN Pj Sengkarai



Murid-murid menunjukkan pingat-pingat mereka

Walkaton & Jualan Amal Sempena Hari Kebangsaan ke-27

Pada 26hb Februari 2011, telah diadakan Walkaton ≈ Jualan Amal Sempena Hari Kebangsaan ke-27 bagi sekolah ini. Walkaton amal bermula di kawasanmenuju ke perkarangan sekolah. Acara dimulai dengan senaman pagi yang juga disertai oleh ahli keluarga murid-murid.