Tuesday 1 March 2011

Perlawanan Akhir Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I

Hasrat pasukan bola sepak SR PDN PJ Sengkarai untuk menjulang piala buat pertama kalinya tidak menjadi kenyataan apabila pasukan sekolah ini tewas dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Pasukan Sekolah ini tewas di tangan Pasukan Bola Sepak SR Muda Hasyim dengan jaringan 4-6. Perlawanan pada hari tersebut diibaratkan buku bertemu ruas kerana sebelum ini pasukan sekolah ini membelasah pasukan-pasukan lain dalam laluan mereka ke peringkat akhir. Perlawanan akhir ini juga merupakan perlawanan yang menghasilkan jaringan terbesar dalam kejohanan ini. Perlawanan akhir tersebut adalah antara perlawanan yang menarik dalam kejohanan ini, kedua-dua pasukan menyerang bertali arus dan kedua-dua penjaga gol berkerja keras untuk menyelamatkan gawang masing-masing. 3 jaringan sendiri juga tercipta, dua daripadanya dari pasukan sekolah ini. Pada Separuh masa pertama kedudukan kedua-dua pasukan terikat 3-3.


Penjaga gol Sekolah Veron memandang geram pemain pertahanan yang menjaringkan gol sendiri




Saat-saat gol kedua SR Muda Hasyim bermula dari tendangan percuma







Di antara aksi-aksi dalam perlawanan akhir tersebut


Di antara penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang hadir



Kedua-dua pasukan bersalaman setelah tamat perlawanan


Bergambar beramai-ramai bersama Guru Besar Sekolah PDN Pj Sengkarai



Murid-murid menunjukkan pingat-pingat mereka

No comments:

Post a Comment