17hb Julai (Selasa), Warga sekolah ini telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat & Penduduk Daerah Tutong Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke-66 Tahun.
Guru-guru, kakitangan berserta murid-murid Rendah Atas berdiri di sepanjang jalan menuju Pentas Diraja untuk mengibarkan bendera kecil bersama-sama murid-murid/penuntut dari sekolah lain.