Wednesday 14 April 2010

Kejohanan Bola Sepak Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong

Pasukan Bolasepak Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai gagal melayakan diri ke pusingan ke dua setelah tewas dalam pusingan pertama kepada Sekolah Rendah Penanjong, 0-2 pada Hari Isnin lalu.
Pada Separuh masa pertama, perlawanan adalah seimbang yang mana kedua-dua pasukan sering mengatur serangan. Hantaran tinggi dari pemain Sekolah Rendah Penanjong telah dikawal kemas oleh pemain pertahan Tan Kok Yein tetapi berlaku salah faham yang mengakibatkan penjaga gol menangkap bola tersebut di dalam kawasan penalti. Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh Pemain lawan dan menghasilkan gol pertama lebih kurang 15 minit perlawanan berjalan.
Gol kedua hadir apabila pemain pertahanan Md. Nasmenizam bin Abdullah menampan bola dengan tangan menyebabkan sepakan percuma berdekatan petak penalti dan peluang sekali lagi tidak dipersiakan oleh pasukan lawan.
Pasukan Sekolah Rendah Sengkarai mengatur serangan demi serangan tetapi kekentalan kubu pertahan Pasukan Penanjong berjaya menangkis serangan-serangan tersebut. kedudukan akhir 0-2.

No comments:

Post a Comment