Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I yang telah berlangsung pada 12 April -13 April 2010. Laluan Pasukan Sekolah Ke Peringkat Akhir adalah begitu mudah sehingga menjuarai kejohanan ini.
Adik Kherol Hadi Feddilah telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut. Tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah ini.


Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai bersama-sama jurulatih pasukan Cikgu Azari Sungkai dan Cikgu Mohd EddyAbdullah bergambar ramai dengan pasukan sepak takraw sekolah
