Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menjadi juara Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I pada tahun ini setelah menewaskan SR Binturan 5-3 melalui sepakan Penalti.
Kedua-kedua pasukan seri 3-3 pada masa penuh perlawanan yang menyebabkan perlawanan diteruskan pada masa tambahan. SR PDN Sengkarai hampir sahaja memenangi pada masa tambahan setelah mendahului 4-3 jika tidak gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.
 |
Bergambar beramai-ramai bersama guru besar dan guru pengawas
|
 |
Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
|
 |
Mohd Syafiq Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.
Pada 9hb Februari yang lalu, sekolah ini telah menerima lawatan dari rombongan Inisiatif Mempromosi Kesihatan yang terdiri dari pegawai-pegawai pendidikan dan Kementerian Kesihatan seramai 15 orang. Antara tujuan lawatan ialah bagi membincangkan perlaksanaan Inisiatif Mempromosi Kesihatan di sekolah ini. Aspek-aspek yang telah disentuh dalam lawatan ini ialah permakanan halal, sihat dan berkhasiat, kebersihan dan keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah (Kantin, Dapur, Bilik Darjah, Tandas, Longkang), kegemukan, tegahan merokok, plan tindakan kecemasan dan hal-hal lain yang berhubung kait dengan perkhidmatan kesihatan sekolah. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.  |
|  |
|  |
|  |
|  |
|  |
|  |
|  |
|  |
Pada pagi tadi (11hb Februari)sekolah ini telah menerima barangan sekolah berupa stokin, glove penjaga gol dan baju penjaga gol untuk pasukan bolasepak yang telah diwakafkan oleh bekas guru sekolah ini Cikgu Hajah Aminah binti Mohammad.
Barangan wakaf ini telah disampaikan oleh anaknya yang juga bersekolah di sekolah ini iaitu Dayang Amirah. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kesudian beliau mewakafkan barangan sukan tersebut. Dengan wakaf barangan tersebut bolehlah pasukan bolasepak sekolah menggunakannya untuk perlawanan akhir pada petang nanti.
 |
|  |
|  |
|  |
|  |
Sekolah ini telah mengadakan Kempen Kebersihan pada 4hb Februari 2012. salah satu sebab diadakan kempen kebersihan ini ialah sejak kebelakangani ini terdapat bau yang kurang menyenangkan yang berpunca daripada longkang yang tersumbat. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan daripada pihak Bomba Tutong yang menyediakan Pump Air untuk membersihkan kawasan sekolah. Pihak Sekolah juga telah menjemput ahli PIBG sekolah untuk sama-sama menjayakan kempen kebersihan sekolah ini.  | > |  |
|  |
|  |
|  |
|  |
Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaring 4-1 pada 2hb Februari yang lalu. Mohd Syafiq Fiqri telah menghasilkan Hatrik pada perlawan tersebut and Mohd Amzar Azman bin Zaini berjaya menjaring pertamanya dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan lain SR Binturan menewaskan SR Penanjong dengan jaringan 3-2. Perlawanan Akhir akan diadakan pada 11hb Februari 2012, bermula pukul 3.30 petang.
Selasa, 31hb Januari Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam SR Bukit Panggal dengan jaringan 7-3. Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahali telah menjaring 4 gol pada hari tersebut. Mohd Syafiq Fiqri pula berjaya menjaringkan 2 gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Muhd Faezuandi bin Brahim. Dalam Perlawanan Separuh Akhir nanti sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan Sekolah Rendah Kiudang yang juga mara ke Separuh akhir setelah membelasah SR Keriam 9-1. 
| | | |