Tuesday, 14 February 2012

Mengemaskinikan Stor Buku

Pada petang Selasa, guru-guru Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai telah mengadakan kempen kebersihan dan mengemaskinikan stor buku..

Monday, 13 February 2012

Perlawanan Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menjadi juara Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I pada tahun ini setelah menewaskan SR Binturan 5-3 melalui sepakan Penalti.

Kedua-kedua pasukan seri 3-3 pada masa penuh perlawanan yang menyebabkan perlawanan diteruskan pada masa tambahan. SR PDN Sengkarai hampir sahaja memenangi pada masa tambahan setelah mendahului 4-3 jika tidak gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.


Bergambar beramai-ramai bersama guru besar dan guru pengawas


Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.


Mohd Syafiq Fiqri bin Hj Mahri dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

Lawatan "Inisiatif Mempromosi Kesihatan"

Pada 9hb Februari yang lalu, sekolah ini telah menerima lawatan dari rombongan Inisiatif Mempromosi Kesihatan yang terdiri dari pegawai-pegawai pendidikan dan Kementerian Kesihatan seramai 15 orang. Antara tujuan lawatan ialah bagi membincangkan perlaksanaan Inisiatif Mempromosi Kesihatan di sekolah ini. Aspek-aspek yang telah disentuh dalam lawatan ini ialah permakanan halal, sihat dan berkhasiat, kebersihan dan keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah (Kantin, Dapur, Bilik Darjah, Tandas, Longkang), kegemukan, tegahan merokok, plan tindakan kecemasan dan hal-hal lain yang berhubung kait dengan perkhidmatan kesihatan sekolah. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.




















Saturday, 11 February 2012

Penyerahan Sumbangan (Wakaf) Untuk Pasukan Bolasepak Sekolah

Pada pagi tadi (11hb Februari)sekolah ini telah menerima barangan sekolah berupa stokin, glove penjaga gol dan baju penjaga gol untuk pasukan bolasepak yang telah diwakafkan oleh bekas guru sekolah ini Cikgu Hajah Aminah binti Mohammad.
Barangan wakaf ini telah disampaikan oleh anaknya yang juga bersekolah di sekolah ini iaitu Dayang Amirah. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kesudian beliau mewakafkan barangan sukan tersebut. Dengan wakaf barangan tersebut bolehlah pasukan bolasepak sekolah menggunakannya untuk perlawanan akhir pada petang nanti.









Thursday, 9 February 2012

Kempen Kebersihan

Sekolah ini telah mengadakan Kempen Kebersihan pada 4hb Februari 2012. salah satu sebab diadakan kempen kebersihan ini ialah sejak kebelakangani ini terdapat bau yang kurang menyenangkan yang berpunca daripada longkang yang tersumbat. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan daripada pihak Bomba Tutong yang menyediakan Pump Air untuk membersihkan kawasan sekolah. Pihak Sekolah juga telah menjemput ahli PIBG sekolah untuk sama-sama menjayakan kempen kebersihan sekolah ini.


>







Saturday, 4 February 2012

Perlawanan Separuh Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaring 4-1 pada 2hb Februari yang lalu. Mohd Syafiq Fiqri telah menghasilkan Hatrik pada perlawan tersebut and Mohd Amzar Azman bin Zaini berjaya menjaring pertamanya dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan lain SR Binturan menewaskan SR Penanjong dengan jaringan 3-2. Perlawanan Akhir akan diadakan pada 11hb Februari 2012, bermula pukul 3.30 petang.

Wednesday, 1 February 2012

Perlawanan Suku Akhir Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Selasa, 31hb Januari Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam SR Bukit Panggal dengan jaringan 7-3. Mohd Faiz Fiqri bin Hj Mahali telah menjaring 4 gol pada hari tersebut. Mohd Syafiq Fiqri pula berjaya menjaringkan 2 gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Muhd Faezuandi bin Brahim.
Dalam Perlawanan Separuh Akhir nanti sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan Sekolah Rendah Kiudang yang juga mara ke Separuh akhir setelah membelasah SR Keriam 9-1.






Monday, 30 January 2012

Majlis Penyampaian Lencana Prefek Sekolah & Ketua-ketua Darjah 2012

26 Januari berlangsung Majlis Penyampaian Lencana Prefek Sekolah & Ketua-ketua Darjah 2012 bagi sekolah ini. Majlis bermula dengan bacaan Surah Yasin dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Guru Besar Sekolah, Cikgu Hajah Siti Rohaya binti Haji Besar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian lencana ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi setiap kelas dan diikuti dengan penyampaian lencana Prefek Sekolah. Selesai penyampaian lencana tersebut kesemua ketua darjah, penolong ketua darjah dan prefek sekolah melafazkan ikrar sekolah yang diketuai oleh Ketua Prefect Sekolah, Ahmad Zawawi bin Abi Hurairah.

Di akhir majlis diadakan sesi gambar ramai Prefek-Prefek sekolah bersama-sama guru besar, penolong guru besar dan guru pengawas prefek.





















Perlawanan Pusingan Awal Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I, Tahun 2012

Pada 28hb Januari yang lalu telah berlangsung Perlawanan Bolasepak Pusingan Awal di antara SR PDN PJ Sengkarai menentang SR Tutong Kem. Pada Perlawanan tersebut SR PDN Sengkarai berjaya menewaskan SR Tutong Kem dengan jaringan 4-3. Mohd Syafiq Fiqri telah berjaya menjaringkan 3 gol untuk sekolah ini and satu lagi gol dijaringkan oleh Mohd Faezuandi bin Brahim. Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 31hb Januari 2012 yang mana sekolah ini akan bertemu dengan SR Bukit Panggal.

Tuesday, 10 January 2012

Majlis Perpisahan Cikgu Saharin Wahid

Pada 26hb November 2011 yang berlangsung majlis perpisahan Cikgu Saharin bin Wahid yang telah bertukar ke SR Kiudang. Beliau berada di sekolah ini hanya selama satu setengah tahun, beliau merupakan guru kaunseling sekolah ini dan aktif dalam membantu perkembangan sukan di sekolah ini.
Beliau telah membawa pasukan bolasepak dan futsal sekolah menjadi naib johan kejohanan pada tahun lepas. Penglibatan lain juga ialah sabagai penolong jurulatih pasukan sepak takraw dan juga acara olahraga yang juga telah mengharumkan nama sekolah ini. Semoga beliau dapat mengulangi kejayaan yang telah dikecapi dahulu bersama-sama dengan sekolah baru beliau...







Tuesday, 3 January 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat Kembali ke Sekolah 3 Januari 2012

Perkumpulan pagi sekolah

Antara murid-murid baru pindah ke Sekolah Rendah Pg. Dipa Negara Pg. Jaya Sengkarai, Tutong I

Saturday, 3 December 2011

Mini Karnival Sekolah 2011 ( Hari Kedua)

Mini Karnival Sekolah 2011 disambung keesokkan lagi iaitu 30hb November 2011. Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oelh cikgu Amhra dan diikuti dengan Acara Sukan Ria.

Pada hari Kedua Mini Karnival Sekolah, sekolah ini menerima kunjungan daripada PPKD Tutong I, Cikgu Haji Mohd. Shuani bin Haji Abdul Kadir yang seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang sukan ria.