Wednesday, 16 February 2011

Majlis Pengagihan Bendera & Majlis Berzikir

Isnin,14hb Februari 2011 telah diadakan Majlis Pengagihan Bendera & Majlis Berzikir sempena maulud Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam peringkat sekolah. Majlis Pengagihan bendera kecil diadakan pada awal pagi semasa perbarisan pagi dan selesai pada pukul 9 pagi dan kemudiannya disambung dengan Majlis Berzikir pada pukul 10.30 pagi.


















Tuesday, 15 February 2011

Perlawanan Bolasepak Pusingan Awal



Pada 14 hb yang lalu Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan sekolah Rendah Tutong Kem dengan jaringan 5-2. Perlawanan begitu sengit pada separuh masa pertama dengan kedua-kedua pasukan melakukan serangan merbahaya. setelah wisel separuh masa ditiupkan kedudukan adalah SR PDN PJ Sengkarai mendahului SR Tutong Kem dengan jaringan 2-1.
Permainan mula berubah pada separuh masa kedua bila mana SR PDN PJ Sengkarai lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus dan kedudukan akhir berpihak dengan SR PDN PJ Sengkarai.
Pemain terbaik pada perlawanan ini adalah Mohd Sazwi.

Penjaring gol -
Md Sazwi, Mohd Nazmenizam, Md Nasiruddin, Muhd Shafiq Fikri, Mohd Fakri (1 gol)




















Saturday, 12 February 2011

Aktiviti Bulan Ugama (Rendah Atas)

Minggu Kedua
Rendah Bawah & Atas (Tahun 3 & 4)

Guru bertanya mengenai cara-cara berwudhu', ibadat dan sejarah mengenai Nabi Muhammad S.A.W.

Aktiviti Bulan Ugama (Rendah Bawah)

Minggu Pertama
Rendah Bawah (Tahun 1 & 2)



Guru menyoal murid mengenai huruf-huruf jawiSalah seorang murid yang gembira mendapat hadiah kerana berjaya menjawab soalan dengan tepat.


Pembukaan Rasmi Bulan Ugama



Acara Pelancaran Bulan Ugama yang Dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Hjh. Siti Rohaya
Salah seorang murid tahun 4 wakil untuk membaca Ayat Kursi'

Wednesday, 12 January 2011

Kursus Pasang Emas (Digital) Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah

Pada 25hb November lalu telah berlangsung Kursus Pasang Emas(Digital) Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah, yang diadakan di Makmal Komputer, Sekolah menengah Rimba. Sekolah ini diwakili oleh Guru ICT, Cikgu Adi Saharinwandi untuk menghadiri kursus tersebut.

Tuesday, 11 January 2011

Minggu pertama persekolahan

Tarikh: 8hb Januari 2011 (Sabtu)

Aktiviti Senaman aerobik














Monday, 10 January 2011

Lawatan Ke Penjara

Lawatan Ke RTB

Pada 1hb November yang lalu Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru 6 telah mengadakan lawatan ke RTB, Bandar Seri Begawan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengisi masa lapang murid-murid tahun 6 setelah selesai menghadapi PSR.