Isnin,14hb Februari 2011 telah diadakan Majlis Pengagihan Bendera & Majlis Berzikir sempena maulud Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam peringkat sekolah. Majlis Pengagihan bendera kecil diadakan pada awal pagi semasa perbarisan pagi dan selesai pada pukul 9 pagi dan kemudiannya disambung dengan Majlis Berzikir pada pukul 10.30 pagi.
Pada 14 hb yang lalu Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan sekolah Rendah Tutong Kem dengan jaringan 5-2. Perlawanan begitu sengit pada separuh masa pertama dengan kedua-kedua pasukan melakukan serangan merbahaya. setelah wisel separuh masa ditiupkan kedudukan adalah SR PDN PJ Sengkarai mendahului SR Tutong Kem dengan jaringan 2-1. Permainan mula berubah pada separuh masa kedua bila mana SR PDN PJ Sengkarai lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus dan kedudukan akhir berpihak dengan SR PDN PJ Sengkarai. Pemain terbaik pada perlawanan ini adalah Mohd Sazwi.
Penjaring gol - Md Sazwi, Mohd Nazmenizam, Md Nasiruddin, Muhd Shafiq Fikri, Mohd Fakri (1 gol)
Pada 25hb November lalu telah berlangsung Kursus Pasang Emas(Digital) Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah, yang diadakan di Makmal Komputer, Sekolah menengah Rimba. Sekolah ini diwakili oleh Guru ICT, Cikgu Adi Saharinwandi untuk menghadiri kursus tersebut.
Pada 1hb November yang lalu Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru 6 telah mengadakan lawatan ke RTB, Bandar Seri Begawan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengisi masa lapang murid-murid tahun 6 setelah selesai menghadapi PSR.