Saturday 23 March 2013

Hari Terbuka Pra Sekolah 2013

Pada 9hbMac 2013 yang lalu Bahagian Pra Sekolah bagi sekolah ini telah mengadakan Sambutan Hari Terbuka Pra Sekolah yang diadakan di Bilik Pra Sekolah.

Guru Pra Sekolah, Cikgu Hjh Sunah bte Hj Bidin menerangkan tujuan ianya diadakan. Ibu bapa bolah melihat perkembangan pembelajaran, kerja-kerja, projek-projek anak-anak mereka di sekolah.

Cikgu Hjh Sunah juga menerangkan mengenai projek membaca semasa cuti sekolah yang telah diberikan. setelah itu ibu bapa juga mendengar kata-kata aluan daripada Penolong Guru Besar Cikgu A'zizah bte Hj Awg Layeh yang melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ibu bapa yang menunjukkan ibu bapa murid-murid pra ini peka dengan perkembangan anak-anak mereka. setelah itu ibu-bapa murid-murid menyaksikan persembahan nyanyian daripada anak-anak mereka.

Setelah itu ibu-bapa telah melawat bahan pameran yang merupakan hasil kerja murid-murid pra sendiri. Setelah ibu-bapa melihat bahan pameran, Cikgu Hjh Sunah telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid-muridnya yang telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa dalam kelas.









No comments:

Post a Comment