Thursday 28 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Perlawanan Separuh Akhir

Pasukan Bola Jaring SR PDN PJ Sengkarai menduduki tempat ketiga bersama-sama SR Birau setelah tewas kepada SR Bukit Panggal dalam Peringkat Separuh Akhir dengan jaringan 3-6. Dalam Peringkat Akhir pula SR Lamunin ditabalkan sebagai juara setelah menewaskan SR Bukit Panggal dengan keputusan tipis.

Wednesday 27 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Peringkat Suku Akhir

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Tutong I diteruskan lagi pagi tadi dengan 4 perlawanan suku akhir SR PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir setelah berjaya menewaskan SR Kiudang dengan jaringan 4-3. Lain-lain perlawanan pagi tadi:

SR Bukit Panggal 5-3 SR Sinaut
SR Birau 6-0 SR Pg Muda Mahkota
SR Lamunin 5-2 SR Tutong Kem
                                          







Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I - Pusingan Awal

Pada petang kelmarin berlangsung Pusingan Awal Kejohanan Bolasepak Peringkat Sekolah Rendah Tutong I, Pasukan Bolasepak SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya melangkah ke pusingan suku akhir setelah membelasah SR Tutong Kem dengan jaringan 5-1. Mohd Hakeem Tarmuji menjadi pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan 4 gol dalam perlawanan tersebut. Dalam perlawanan suku akhir nanti SR PDN PJ Sengkarai akan bertemu dengan SR Muda Hashim pada 2hb Mac 2013 pada sebelah pagi.

















Tuesday 26 February 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong I - Peringkat Kumpulan

Pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai berjaya melangkah ke pusingan suku akhir setelah berjaya menjuarai Kumpulan C. Dalam perlawanan pertama pagi tadi SR PDN PJ Sengkarai menewaskan SR Binturan dengan jaringan tipis 1-0, manakala perlawanan kedua pula Sekolah ini telah menewaskan SR PM Mahkota, Kuala Tutong dengan jaringan 5-2 dan dalam perlawanan terakhir SR PDN PJ Sengkarai menewaskan SR Batang Mitus dengan jaringan 5-0. Dalam perlawanan suku akhir esok SR PDN PJ Sengkarai akan menentang SR Kiudang.

Acara Pengagihan Bendera Kecil dan menyanyikan lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan ke-29

Pada 21hb yang lalu, Sekolah ini telah mengadakan Acara pengagihan bendera-bendera kecil dan juga menyanyikan lagu-lagu patriotik sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-29 Tahun.

Monday 4 February 2013

Lawatan Professor Dari United Kingdom Untuk Mata Pelajaran Science

Pada 30hb Januari yang lalu, seorang Professor dari United Kingdom mengadakan lawatan ke sekolah ini. Beliau melihat cara pengajaran mata pelajaran Science di sekolah ini.