Wednesday 27 June 2012

Lawatan Ke Pameran Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012

26hb Jun 2012 (Selasa), Warga Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah mengadakan lawatan ke Pameran Sempena Sambutan Memperingati Hari Antara Bangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2012.
Lawatan ini disertai oleh Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah berserta murid-murid Tahun 5. Ianya merupakan salah satu daripada Perkembangan Staff bagi guru-guru dan kakitangan. Pihak sekolah juga membawa murid-murid Tahun 5 ke pameran ini kerana pemeran ini bersangkut paut dengan tajuk mata pelajaran Science yang telah mereka pelajari iaitu mengenai dadah.


 
Warga Sekolah bergambar beramai-ramai

Monday 25 June 2012

Staff Development - Permainan Handball

Fasilitator:
Cikgu Md Zul Ihsan bin Safar
Cikgu Mohd Zhafari Bin Hj Mohd Arripin (SR PKN Bukit Beruang II)
Cikgu Azim bin Morni (SR Perpindahan Kampong Bukit Beruang II)

Tarikh:
30hb Mei 2012

Jam:
2.00 petang hingga 3.30 petang

Tajuk:
Permainan Handball
From Staff Development - Handball

Saturday 16 June 2012

Sukan Ria Sempena Cuti Penggal ke II, 2012

Pada hari terakhir persekolahan 9hb yang lepas, sekolah ini mengadakan Acara Sukan Ria Sempena Cuti Penggal ke II. Acara ini juga adalah salah satu dari pada aktiviti Outreach Program: Masyarakat Sihat Dan Cantik.


Ketua Kampung Sengkarai, Haji Mumin bin Abdul Razak melakukan "Warming up" bersama-sama ibu bapa dan warga sekolah.


Acara mengupas bawang putih menggunakan tangan bagi peserta lelaki/bapa.


Pengerusi PIBG 2012-2013 bersama isreri beliau turut serta dalam acara lari ikat kaki suami isteri.




Saturday 9 June 2012

Ceramah Dadah

Pada 30hb April yang lalu, Satu ceramah mengenai dadah telah diadakan di sekolah ini. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 5 sekolah ini dan juga dari Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Kuala Tutong.

Thursday 7 June 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja

Pada 26hb Mei 2012 Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.




English Activity - Miss Siobhan

This Morning Miss Siobhan brought her pupils to the Teacher's Lounge for Making Jelly & Sandwich Activity. She did this activity with her Preschool children and they loved it very much.

Taklimat Pengenalan Sekolah

Pada 28hb Mei yang lalu, telah berlangsung satu taklimat mengenai sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Siti Rohaya binti Hj Besar. Taklimat ini adalah pengenalan mengenai sekolah untuk Pegawai - Pegawai daripada Jabatan Kenaziran. Acara berlangsung pada pukul 2.00 petang dan selesai pada pukul 3.30 petang.


Mock Examination 1 Tahun 2012

Mock Examination 1 bagi Tahun 6 telah selesai pada 30hb Mei yang lalu. Peperiksaan ini bermula pada 26hb mei yang lalu dan ianya diselaras bagi semua sekolah-sekolah Tutong I.

Aktiviti Perkumpulan Pagi

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai menyelitkan berbagai-bagai aktiviti setelah selasai perkumpulan pagi. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah Senaman Ringan, Aktiviti Membaca, Aktiviti Kesihatan dan berbagai-bagai lagi aktiviti.





Tuesday 5 June 2012

Taklimat SEQE 2012

Pada Hari Khamis 24hb Mei yang lalu, guru-guru dari sekolah ini telah mendengar Taklimat SEQE daripada Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kenaziran, Kementerian Pendidikan.Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kenaziran berada di sekolah ini selama enam hari bermula 26hb Mei sehingga 2hb Jun 2012.