Thursday 24 May 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Pada 11hb Mei yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG 2012. Pada Mesyuarat kali ini merupakan Pembubaran AJK PIBG 2011-2012 dan seterusnya perlantikan Ahli PIBG yang baru bagi Sesi 2012-2013.

Saturday 12 May 2012

Sambutan Hari Keluarga Peringkat Sekolah

Hari Sabtu lalu (10hb Mei) juga telah diadakan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Sekolah. Berbagai Aktiviti telah dijalankan bagi setiap kelas bagi memperingkati Hari Keluarga.

Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pagi Khamis lalu (10hb Mei 2012) sekolah ini telah mengadakan Majlis Meraikan Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto.
Majlis berlangsung di Dewan Dipa Negara, SR PDN PJ Sengkarai.

Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar

Pada 7hb Mei yang lalu, Acara Penyerahan Piala Kejuaraan Futsal Kepada Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah berlangsung.Guru Besar sekolah ini iaitu Cgu Siti Rohaya bte Hj Besar telah memaklumkan kepada semua murid-murid sekolah ini semasa Perbarisan Pagi bahawa sekolah ini telah memcapai satu lagi kejayaan iaitu menjuarai Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tutong I. 

Beliau menambahkan segala kejayaan dapat dicapai jikalau murid-murid melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat dan dengan serius. Cgu Hjh Siti Rohaya juga menasihat semua murid-murid supaya selalu berkerja dengan tekun untuk mencapai keputusan yang cemerlang baik dalam bidang akademik mahupun dalam kokurikulum.

Cikgu Hjh Siti Rohaya juga berkesudian untuk mengalungkan pingat-pingat kepada semua pemain futsal sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Piala Kejuaraan tersebut telah disampaikan oleh ketua pasukan futsal sekolah iaitu Mohd Syafiq Fiqri bin Mahri kepada Guru Besar Sekolah.




Monday 7 May 2012

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Tahun 2012

Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menjuarai Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I Bagi Tahun 2012 yang telah berlangsung pada 5hb Mei yang lalu. Dalam Perlawanan Akhir tersebut Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah menewaskan Sekolah Rendah Birau dengan jaringan 3-0. Mohd Syafiq Fikri bin Hj Mahri telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan ini. Dalam Peringkat Kumpulan Sekolah ini telah berjaya menewaskan SR Muda Hashim 4-3 dan SR Bakiau 5-1 tetapi tewas ketika menentang SR Batang Mitus 1-2. Di peringkat suku akhir pula SR PDN PJ Sengkarai telah berjaya menewaskan SR Penanjong dengan jaringan tipis 1-0. Di Peringkat Separuh Akhir SR PDN PJ Sengkarai berjaya menewaskan Juara Bertahan SR Sinaut dengan jaringan 1-0.

Pengagihan Jam Tangan Kurnia Kebawah Duli

Selasa, 1hb Mei 2012 telah berlangsung Majlis Pengagihan Jam Tangan Kurnia Kebawah Duli bagi sekolah ini. Jam-jam tersebut telah diagihkan kepada guru-guru di sekolah ini oleh Guru Besar SR PDN PJ Sengkarai, Cg Hjh Siti Rohaya binti Hj Besar.

Majlis Pengislaman Keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto

Pada 4hb Mei yang lalu telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi keluarga Awg Mohd Epindi bin Abdullah Anto. Tiga orang anak Awg Mohd Epindi bersekolah di Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai iaitu Mohd Eddy Jelaidi bin Mohd Epindi - Murid Tahun 5, Erni Suzanti binti Muhd Epindi - Murid Tahun 3 dan Erni Suzani Muhd Epindi - Murid Pra Sekolah.