Wednesday 30 November 2011

Mini Karnival Sekolah 2011 ( Hari Pertama)

Pada 29hb November 2011, Sekolah SR PDN Pj Sengkarai telah mengadakan Mini Karnival Sekolah 2011. Dua acara utama pada majlis tersebut ialah Penyampaian Hadiah Cermerlang & Terbaik Murid dan juga Perasmian Program "Menuju Masyarakat Berilmu" (Outreach Programme). Acara pada pagi tersebut dirasmikan oleh Yang Mulia, Awang Nudin Bin Haji Mohammad (PR1 / Pmk. Penolong Pengarah Daerah Brunei 1).

Acara ini diadakan selama dua hari dan berbagai-bagai acara yang telah diaturkan bagi memeriahkan Mini Karnival Sekolah tersebut.









Sesi Kongsisama Bersama Anak Murid Genius Malaysia (Adi Putra)

Pada 14hb November yang lalu Sekolah ini telah mengadakan Sesi Kongsisama Bersama Anak Murid Genius Malaysia (Adi Putra). Pada taklimat tersebut penceramah yang merupakan anak murid Genius Malaysia telah berkongsi teknik-teknik menjawab persoalan campur, tolak, bahagi dan darab dengan cara yang telah diajarkan oleh Adi Putra iaitu Formula TUN.







Lawatan Ke Balai Bomba Tutong

Pada 16hb November yang lalu, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai telah mengadakan satu lawatan ke Balai Bomba Tutong. Seramai lebih kurang 90 orang murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6 telah dipilih mengikuti lawatan tersebut yang disertai oleh 8 orang gur pengawas.
Acara dimulakan dengan ucapan aluan-aluan dan kemudian taklimat mengenai Balai Bomba Tutong, setelah itu murid-murid menyertai peraduan mewarna. Setelah selesai murid-murid dan guru-guru berserta pegawai-pegawai bomba menikmati jamuan yang disediakan. Murid-murid juga tidak melepasi peluang untuk menaiki dan masuk ke dalam kereta bomba yang selama ini hanya dipandang dari jauh sahaja. Setelah itu guru-guru dan murid-murid menyaksikan persembahan menyelamat dari pada Bomba dan Penyelamat Tutong. Acara paling menarik pada pagi itu ialah bermain dengan foam atau buih.

Pada akhir lawatan pagi tersebut Pihak Bomba dan Penyelamat Tutong telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam Peraduan Mewarna.









Saturday 26 November 2011

Taklimat Pra Sekolah Sesi 2012

Pada 22hb November yang lalu telah diadakan Taklimat Pra Sekolah Sesi 2012 di sekolah ini. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi maklumat yang berguna kepada ibu bapa tentang alam persekolahan yang akan ditempuhi oleh anak-anak mereka yang akan bersekolah pada tahun hadapan.
Murid-murid Pra ini juga telah dibawa melawat sekitar sekolah dan ke bilik-bilik yang akan mereka gunakan pada tahun hadapan seperti Bilik Pra, Bilik ICT, Bilik Perpustakaan dan mereka juga dibawa ke Taman Permainan Sekolah.







Thursday 24 November 2011

Keputusan PSR 2011

Keputusan PSR 2011 telah dikeluarkan pada 21hb November yang lalu. Tahun ini seramai 5 orang murid telah berjaya mendapat keputusan yang cermerlang iaitu mendapat 5A, selain dari itu 2 orang murid telah mendapat 4A & 1B dan 3 orang murid mendapat 3A & 2B. Tahniah kepada semua murid yang telah lulus PSR 2011.







Tuesday 1 November 2011

Penutup Bulan Lukisan dan Reka Bentuk 2011

31hb October, 2011
Majlis bulan Lukisan dan Reka Bentuk di tutup oleh Guru Besar Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai, Cikgu Hjh. Siti Rohaya binti Hj. Besar. Pada majlis tersebut, hasil karya murid-murid dan guru-guru di pamerkan dan seterusnya penyampaian hadiah.