Saturday 25 June 2011

co-curiculum activities 25/6/2011

Scouts activities: cooking 'mee goreng' and making hot drinks..

Brisk walk for lower primary pupils and teachers.

Girl guide learns how to make 'pot pouri'

Monday 20 June 2011

Majlis Penyampaian Lencana Keahlian Pengakap Sedunia Peringkat Sekolah

Pada 28hb Mei 2011 yang lalu telah diadakan Majlis Penyampaian Lencana Keahlian Pengakap Sedunia Peringkat Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai. Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Skipper Burhanuddin bin Md Daud, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong.

Sunday 12 June 2011

Sekolah Mempromosi Kesihatan

2 Jun 2011 - Program cuci tangan dengan betul.

Tuesday 7 June 2011

Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Rendah Maridian, Singapura

Pada 1hb Jun yang lalu, sekolah ini telah dilawati oleh satu rombongan dari Sekolah Rendah Maridian,Singapura. setibanya rombongan tersebut di kawasan lapang hadapan sekolah, mereka dimeriahkan dengan pukulan hadrah dari murid-murid sekolah ini dan taburan bunga rampai.


Setelah itu rombongan tersebut mengadakan sesi bergambar ramai dengan guru-guru dari sekolah ini dan AJK PIBG sekolah.


Kemudian rombongan dari Sekolah Rendah Maridian Singapura ini dibawa ke bilik Persidangan untuk mendengar taklimat dari Guru Besar sekolah ini, Cikgu Hajah Siti Rohaya binti Haji Besar.


Setelah itu mereka diberikan jamuan ringkas dan kemudian murid-murid dari SR Maridian juga telah menandatangani "Welcome Banner".


Kemudian Rombongan ini dibawa melihat pengajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa orang murid dari Sekolah Rendah Maridan juga telah mencuba menulis dalam tulisan jawi.


Setelah itu mereka dibawa ke Bilik Perpustakaan untuk melakukan berberapa aktiviti yang telah disediakan. Di bilik Perpustakaan mereka telah diperlihatkan cara membuat bunga rampai dan tudung saji.



Kemudian mereka melihat persembahan 'Pak Saloi' dari murid-murid Tahun 4. Mereka juga turut serta membuat beberapa aktiviti seperti mewarna, mencari perkataan dan sebagainya.



Kemudiannya Mereka dibawa ke Dewan Dipa Negara untuk meyaksikan Pameran Tradisi dan Persembahan Pentas.



Acara terakhir lawatan tersebut adalah Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Sekolah Rendah Maridian dengan Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai. yang berkesudahan SRMaridian menewaskan SR PDN PJ Sengkarai 2-1.



Slide Show Lawatan Sambil Belajar Sr Maridian Singapura:

Taklimat Penjagaan Mulut Dan Gigi

Pada 19hb Mei 2011, AJK SMK(Sekolah Mempromosi Kesihatan) sekolah ini telah mengadakan Taklimat Penjagaan Mulut Dan Gigi. Taklimat pagi ini disasarkan kepada murid-murid Pra Sekolah. Murid-murid diterangkan bagaimana cara memberus gigi yang betul oleh Cikgu Husaimi dan Cikgu Norfaiza.
Murid-murid juga diberi demonstrasi cara memberus gigi dengan betul dan kemudian mereka sendiri mempratikkannya.