Saturday 30 May 2009

Penyampaian Hadiah Inforama

Salah seorang murid dari sekolah berjaya mendapat tempat keempat dalam Pertanding Inforama yang lalu dan pada 26hb Mei 2009 yang lalu Majlis penyampaian hadiah pada pemenang dan upacara Perasmian Karnival Inforama berlangsung di Sekolah Menengah Rimba.

Adik Ahmad Zawawi telah mendapat tempat keempat seluruh negara bagi Level 2 Paint dan dia adalah satu-satunya pemenang yang mewakili Daerah Tutong.




Adik Ahmad Zawawi dengan hadiah-hadiah yang dimenanginya.

Bergambar dengan Guru Besar Sekolah PDN PJ Sengkarai, Cikgu Zulkifli bin Hj Ahmad.

Sunday 3 May 2009

Majlis Penutup Bulan Matematik

30hb April lalu adalah merupakan Majlis penutup Bulan Mathematik bagi Sekolah PDN PJ Sengkarai. Selesai sahaja perbarisan pagi dan murid-murid diarahkan untuk masuk ke dewan untuk memulakan majlis penutup.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah-hadiah Projek Matematik bagi setiap darjah dan setelah itu guru-guru dan murid-murid dipelawa untuk menyaksikan pameran projek Matematik.


Murid-murid duduk sebelum acara dimulakan

Pemenang-pemenang projek terbaik.

Sebahagian hadiah-hadiah yang dimenangi oleh murid-murid.



Di bawah ini adalah bahan-bahan pemeran pada majilis penutup ini: