Thursday 30 April 2009

Pertandingan Catur Kumpulan Umur Bagi Sekolah Rendah & Menengah/Maktab Senegara Kali Ke-5 Tahun 2009

25 hb April lalu merupakan Peringkat Akhir Kejohanan Catur Kumpulan Umur Bagi Sekolah Rendah & Menengah/Maktab Senegara Kali Ke-5 Tahun 2009 yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Brunei Muara.
Wakil sekolah ini, Loo Yee Long beraksi untuk merebut gelaran juara catur negara. Tetapi saingan dalam peringkat negara adalah terlalu sukar baginya.




Suasana ketika Kejohanan Catur.


Loo Yee Long (tengah) penuh konsentrasi menghadapi lawannya.

Monday 13 April 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

Murid-murid Tahun 4 semasa melawat ke pameran Alat-Alat Kebesaran Diraja

Perlawanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Daerah Tutong I

Pada 9hb April lalu Sekolah PDN PJ Sengkarai mengikuti Kejohanan bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Tutong I. Sekolah ini gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya apabila tewas kepada sekolah Rendah Birau dengan tendangan Penalti 1-4 setelah seri 1 sama dalam masa penuh.
Walaupun tewas dalam perlawanan ini tetapi pasukan sekolah telah menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi lebih-lebih lagi kebanyakan pemain yang mewakili pasukan ini adalah dari Tahun 4 dan cuma beberapa orang sahaja dari Tahun 5 & 6.

Perbarisan masuk kedua-dua pasukan

Di antara penyokong-penyokong Sekolah PDN PJ Sengkarai yang hadir.

Sunday 12 April 2009

Pertandingan Catur Kumpulan Umur Bagi Sekolah Rendah & Menengah/Maktab Senegara Kali Ke-5 Tahun 2009

Pada 9hb April 2009, Pertadingan Catur bagi Daerah Tutong bertempat di Sekolah Rendah Keriam.
Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk menghantar wakil-wakilnya untuk menyertai pertandingan tersebut. Daripada 10 orang wakil sekolah ini, seorang daripadanya berjaya melayakkan diri ke peringkat negara.